Sebelum ini, saya mengambil jalan mudah jika ditanya tentang bangsa saya. Mudahnya, sebagaimana di dalam kad pengenalan,saya adalah Melayu. Hakikatnya nenek moyang saya adalah "pendatang" dari Ponorogo, Jawa Timur. Entah bapak sengaja menjadikan ia dramatik atau memang benar sewaktu menceritakan kedatangan nenek moyang kami ke Tanah Melayu dengan menaiki tongkang.
Mendengar perkataan "pendatang" apatah lagi “penceroboh”, hati saya menjadi pilu kerana andai kita sedar diri, kita juga pendatang di dunia ini. Barangkali juga kita masih kekal dengan aqidah ini kerana dakwah pendatang-pendatang dan pedagang-pedagang ini.
Hibanya memikirkan nenek moyang saya merentas lautan dan darat dalam amukan badai lautan untuk berhijrah dan memakmurkan Tanah Melayu ini.Di sebelah ibu saya nyata lebih kompleks. Entah bagaimana ada darah Siam, Belanda dan Jawa. Barangkali nenek moyang saya memang “adventurous”!
Dalam kehidupan seharian, umum menggelar ibu saya sebagai Ustazah dan bapa saya adalah seorang Ustaz.Tetapi mereka sangat “cool”. Bukan sahaja kepentingan akhirat yang diperingat tetapi juga realiti kemajmukan ummat.
Ketika di sekolah rendah, saya hanya bersekolah di sekolah biasa dan digalakkan bercampur dengan Yamuna, Yogeswari, Jaghbinder Singh, Chen, Edwind dan David. Kedudukan tempat tinggal kami di sebuah pekan kecil lebih nostalgik kerana sekeliling kami adalah Devi, Ong, Ah Boy dan Poonigal.
Abang saya pernah menjadi guru tuisyen dan mengajar Devi Bahasa Melayu. Kami belajar bertutur Bahasa Inggeris dari Ong Swee Pee dan kisah bagaimana kami membawa Ah Boy ke Surau untuk mengaji bersama Tok Raja dengan memakaikan dia kain pelikat barangkali adalah kenangan kanak-kanak yang merentas isu aqidah dan kaum. Ah Boy juga pernah menghadiri Taski ABIM bersama saya dan ketika itu juga dia diajar mengenal Alif, Ba dan Ta.
Saya pernah lihat bagaimana gigihnya ibu dan bapa saya mendidik saudara baru yang terdiri daripada kontraktor rumah, tukang paip dan tukang cat rumah yang memeluk Islam ketika rumah agam kami muladibina. Rumah agam impian ibu dan bapak saya siap bersama utuhnya iman sang kontraktor, tukang cat dan tukang paip itu. Malah bapak masih sedih setiap kali melihat kelibat Martin Yen, seorang chef terkemuka di layar kaca siaran AFC, kerana wajahnya mirip Mohd Fitri Abdullah@ Ah Fook, kontraktor rumah kami yang telah meninggal dunia selepas beberapa tahun memeluk Islam.
Ketika di sekolah,saya memang amat takut dengan Puan Chen apatah lagi beliau mengajar subjek Matematik, subjek yang paling saya lemah sekali! Tetapi saya sangat sayangkan Miss Mary dan Miss Margaret yang saya gelar Madhuri Dixit kerana senyumannya yang manis memikat dan bersabar dengan kelembapan saya memahami past tense dan present tense.
Walaupun ibu dan bapa saya bergelar Ustaz dan Ustazah, mereka mendidik saya bahawa saya bukan sahaja perlu menjadi muslim yang baik, tetapi juga mesti menjadi warganegara Malaysia yang baik dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
Ketika saya menulis sebuah artikel pasca kematian Karpal Singh, saya menerima ucapan terima kasih dari pelbagai kaum kerana tulisan itu menyentuh soal kemanusiaan dan kisah seorang manusia hebat yang telah memanfaatkan hidupnya untuk manusia lain.
Sudah lebih lima dekad polarisasi perkauman mendominasi politik tanahair. Tempoh sepanjang itu seharusnya mematangkan kita untuk memahami realiti kemajmukan dengan lebih positif dan bukanya mengungkit-ungkit siapa datang dahulu sebelum siapa.
Keadilan, kebebasan dan martabat keinsanan adalah sebahagian daripada teras maqasid al-shariah yang mesti dinikmati bersama dalam konteks suasana pluraliti kaum, agama dan budaya oleh semua warganegara Malaysia termasuk warga bukan muslim.
Pluraliti tidak diciptakan tanpa hikmah dan ia adalah bukti kebesaran Allah. Warga non-Muslim mesti dilayan selayaknya sebagai warganegara dan bukan zimmi. Perubahan politik dan realiti semasa telah menyebabkan pengkategorian zimmi-harbiyy ini tidak lagi relevan.
Pluraliti ini adalah cabaran yang harus disahut oleh pemimpin era baru. Untuk itu asas Perlembagaan Persekutuan telah melayakkan warga non-muslim sebagai saudara senegara dan sewarga pada prinsipnya layak menerima dan memikul tanggungjawab yang sama dengan kita.
Seluruh warga muslim dan bukan muslim harus menghayati semangat hidup kepelbagaian dalam bingkai kesatuan ini termasuk dalam isu perkongsian kuasa yang mesti menghasilkan situasi menang bersama.
Kita membicarakan survival sebuah Negara. Malah premis “Bangsa Malaysia” sudah mula kita bicarakan di mana-mana pentas demokrasi. Jika kita masih hidup dalam penuh prasangka dan prejudis, ia sangat menyakitkan dan melelahkan. Apatah lagi untuk terus mengungkit-ungkit keperitan nenek moyang kita yang telah memakmurkan Negara ini.
Pluraliti, kemajmukan, kepelbagaian dan perbezaan ini harus disikapi dengan kematangan dan disikapi secara positif. Jika kita menganggapnya sebagai kesialan sosial dan gagal menangkap hikmahnya, barangkali kita sedang meruntuhkan Negara dan akan merasai sialnya dengan keruntuhan yang tidak akan mampu bangkit lagi serta sesalan yang berpanjangan.
--------
* Fadhlina Siddiq adalah Naib Presiden ABIM
**Artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Fadhlina Siddiq
Wed May 14 2014
Kepelbagaian dalam bingkai kesatuan - Gambar Hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs
Perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.
Pada usia 95 tahun, saya tidak akan pernah berhenti perjuangkan nasib Melayu - Tun Mahathir
Sejak dari dulu beliau melihat sendiri nasib orang Melayu dan baginya, kuasa orang Melayu semakin merosot kerana mereka berpecah.
Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.
Ummah Rabbani Negara Harmoni, tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan
Tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.
Dalam bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama dan bangsa - Zulkifli
Itu yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam usaha membantu antara satu sama lain ketika tempoh sukar ini.
Hina kaum, agama, Raja: 21,296 laporan dalam 6 minggu
SKMM terima 21,296 laporan berhubung kandungan berunsur perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja dalam tempoh enam minggu pertama
Kerajaan perlu tegas martabatkan bahasa Melayu - U-Wei
U-Wei berkata negara-negara jiran berjaya menyatukan rakyat mereka dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa ibunda mereka.
Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?
Maka dengan kelahiran sistem negara bangsa di dalam politik antarabangsa menjadikan secara idealistiknya setiap negara didiami oleh satu bangsa yang sama.