awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: KPWKM anjur 16 program

Bernama
Bernama
08/04/2025
20:15 MYT
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: KPWKM anjur 16 program
Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menganjurkan 16 program utama pada peringkat serantau.
KPWKM dalam kenyataan memaklumkan antara program itu ialah Forum ICT ASEAN mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian 2025, Persidangan ASEAN tentang Penjagaan Warga Emas, Sidang Kemuncak WPS ASEAN kedua, The New Frontier of Care Seminars dan Program Pasangan Sempena Kepengerusian ASEAN 2025.
"Program lain termasuk Memorandum Persefahaman Malaysia-Singapura, Ekspo OSAKA 2025 dan Sambutan Ulang Tahun Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) ke-30," menurut kenyataan itu semalam.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak (MKBKK) Bilangan 1 Tahun 2025 di sini bagi membincangkan isu berkaitan kanak-kanak dan merangka penyelesaian bersepadu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.
"Sebanyak dua kertas pemakluman dibentangkan dalam mesyuarat, iaitu Taklimat Berkaitan Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Dasar Kanak-Kanak Negara oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM.
"Turut dibentangkan ialah The Nexus of Trafficking and Disability and Addressing Trafficking in Persons among Vulnerable Groups oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat," menurut kenyataan itu.
KPWKM menjelaskan kedua-dua pembentangan ini menekankan keperluan kepada perlindungan menyeluruh terhadap kanak-kanak melalui pelaksanaan dasar yang bersifat inklusif serta pemantapan inisiatif menangani isu pemerdagangan kanak-kanak rentan termasuk mereka yang berkeperluan khas.
"Hasil perbincangan diharapkan dapat memberi input berimpak tinggi dalam membentuk persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera untuk kanak-kanak," menurut kenyataan itu.
Kementerian berharap mesyuarat berkenaan menjadi platform yang bukan sahaja membincangkan isu semasa kanak-kanak, tetapi turut mencadangkan dasar serta syor yang tuntas kepada kerajaan dalam pelbagai aspek melibatkan sokongan, penjagaan, perlindungan, pembangunan dan kesejahteraan kanak-kanak.
"KPWKM akan terus komited bekerjasama dengan semua pihak ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan selamat untuk generasi masa hadapan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#Nancy Shukri
#Kanak-kanak
#persekitaran selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan