Skip to main content

Malaysia

Kepentingan rakyat jadi asas kekalkan harga RON95 – PM

Anwar berkata keputusan itu dibuat walaupun kerajaan berdepan kekangan susulan peningkatan harga minyak dunia, yang kini melonjak daripada US$70 kepada US$110 setong. - Gambar Bernama
Anwar berkata keputusan itu dibuat walaupun kerajaan berdepan kekangan susulan peningkatan harga minyak dunia, yang kini melonjak daripada US$70 kepada US$110 setong. - Gambar Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil kira kepentingan dan kos sara hidup rakyat sebagai pertimbangan utama untuk mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak mentah dunia meningkat kepada US$110 setong.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat walaupun kerajaan berdepan kekangan susulan peningkatan harga minyak dunia, yang kini melonjak daripada US$70 kepada US$110 setong.

Anwar berkata berdasarkan pengiraan ekonomi, kenaikan harga minyak mentah dunia sepatutnya memberi tekanan kepada harga bahan api di dalam negara, namun kerajaan memilih untuk mengekalkan harga berkenaan demi menjaga kepentingan rakyat.

“Sepatutnya kalau kiraan pakar ekonomi, termasuk satu dua orang yang paling bijak itu, patut naik harga minyak. Mana mungkin harga minyak US$70, kita letak RM1.99. Harga minyak sekarang us$110, tetap RM1.99.

“Jadi sebab itu saya katakan walaupun ada kekangan, kita ambil keputusan itu,” katanya dalam program Wawancara Khas Belanjawan 2027, pada Sabtu.

Beliau berkata dalam mengurus ekonomi negara, pendapatan dan kehidupan rakyat biasa perlu terus menjadi pertimbangan utama kerajaan dalam membuat keputusan, khususnya ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

“Kerana akhirnya dalam mengurus ekonomi negara itu, pendapatan dan kehidupan rakyat biasa menjadi perkiraan,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement