awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepresidenan Palestin tolak rancangan Gaza Washington, tegaskan keabsahan PLO

Bernama
Bernama
21/07/2024
05:00 MYT
Kepresidenan Palestin tolak rancangan Gaza Washington, tegaskan keabsahan PLO
Keutamaan segera adalah untuk menghentikan pencerobohan Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap rakyat Palestin, bukannya memberi tumpuan kepada rancangan pascaperang. - Gambar fail/ Reuters
RAMALLAH: Kepresidenan Palestin pada Sabtu menegaskan bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah wakil sah tunggal rakyat Palestin dan memegang hak eksklusif untuk menentukan masa depan mereka.
"Tiada entiti, termasuk pihak pendudukan atau mana-mana pihak lain, yang mempunyai keabsahan di Gaza, Tebing Barat atau Baitulmuqaddis tanpa penerimaan rakyat Palestin dan kepimpinan mereka," kata jurucakap rasmi Kepresidenan, Nabil Abu Rudeineh, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada laporan mengenai Washington yang membincangkan masa depan Gaza dengan pihak lain, sambil menyatakan tindakan sedemikian tidak sah dan tidak boleh diterima oleh rakyat Palestin.
Beliau juga menekankan bahawa keutamaan segera adalah untuk menghentikan pencerobohan Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap rakyat Palestin, bukannya memberi tumpuan kepada rancangan pascaperang.
Sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Abu Rudeineh mengulangi bahawa kehadiran Israel di Gaza dan Tebing Barat adalah tidak sah.
Beliau menegaskan bahawa Palestin mempunyai bidang kuasa ke atas wilayah-wilayah ini, termasuk Baitulmuqaddis.
Jurucakap itu menyimpulkan kenyataannya dengan menegaskan bahawa pengakhiran pendudukan Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya adalah penting untuk keselamatan dan kestabilan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#Gaza
#PLO
#rancangan Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan