MELAKA:Sikap prihatin dan tanggungjawab masyarakat terhadap usaha pemuliharaan hidupan liar terserlah apabila semakin ramai menghulurkan bantuan makanan dan keperluan haiwan kepada Zoo Melaka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata usaha itu sedikit sebanyak membantu Zoo Melaka yang terkesan berikutan kekurangan pengunjung sejak tahun lalu, akibat pandemik COVID-19.
"Berbanding PKP tahun lepas, kesedaran masyarakat telah meningkat selepas mengetahui Zoo Melaka mengalami kekurangan sumber, jadi ramai pihak termasuk pencinta haiwan bukan sahaja dari Melaka malah dari Kuala Lumpur menghantar bekalan makanan kepada hawin-haiwan di sini pada setiap minggu dan hujung bulan.
"Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu kelangsungan lebih 600 haiwan yang terdapat di Zoo Melaka ketika kita semua berdepan situasi sukar ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Shadan berkata, setiap bulan Zoo Melaka memerlukan kira-kira RM100,000 bagi menampung bekalan makanan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran selain kos penyelenggaraan dan perubatan haiwan-haiwan di situ.
Beliau berkata bagaimanapun setakat hari ini, pengurusan Zoo Melaka masih mampu menampung keperluan haiwan-haiwan di pusat perlindungan itu walaupun operasinya ditutup sementara susulan PKP.
"Pihak zoo sentiasa memantau perkembangan dan kebajikan setiap haiwan, di samping itu kita juga berdoa dan berharap penularan pandemik ini segera berakhir dan keadaan pulih seperti biasa," katanya.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan PKP di tujuh negeri yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Feb ini.
Ia membabitkan Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
Zoo Melaka terkesan berikutan kekurangan pengunjung sejak tahun lalu, akibat pandemik COVID-19. - Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Taman safari berkonsep terbuka terbesar di Malaysia akan dibina di Melaka
Sebuah taman safari berkonsep terbuka yang terbesar di Malaysia dengan kapasiti anggaran seluas 20.2 hektar akan diwujudkan di negeri ini.
Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka
Zirafah betina bernilai lebih RM200,000 itu dibawa masuk menerusi inisiatif menaik taraf Zoo Melaka.
Pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang
Seorang lelaki yang berusia 43 tahun patah kaki, manakala isteri dan anak lelakinya mengalami kecederaan ringan.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Jualan tiket masuk Zoo Melaka catat kutipan lebih RM800,000
Kedatangan pengunjung ke zoo tersebut mencecah lebih 1,000 orang sehari, dengan jumlah tertinggi direkodkan semalam iaitu 3,500 orang.
Terjejas COVID-19: Zoo Melaka perlu RM600,000 sebulan tampung kos operasi
Sebanyak RM250,000 diperlukan untuk membeli makanan bagi 550 haiwan daripada 250 spesies yang ditempatkan di Zoo Melaka.
Langgar SOP, kerajaan boleh tarik kelonggaran - Ismail Sabri
Kerajaan boleh menarik balik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan pada ketika ini sekiranya orang ramai terus melakukan pelanggaran.
Taja haiwan Zoo Melaka menerusi program Zoobilation
Nilai tajaan untuk setiap haiwan berkenaan ialah minimum RM20,000 sehingga RM2 juta bagi gajah Asia.
Nilai semula Monorel Melaka
Setakat ini perkhidmatan monorel pelancongan itu masih diteruskan bagaimanapun kajian menyeluruh pelaksanaan setiap produk memerlukan penilaian semula.