awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepusatan ASEAN keistimewaan yang perlu diraih berterusan - PM Anwar

Bernama
Bernama
26/02/2025
04:20 MYT
Kepusatan ASEAN keistimewaan yang perlu diraih berterusan - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (tengah) bercakap pada sesi soal jawab Forum Masa Depan ASEAN di Hanoi, Vietnam, pada Rabu. Turut sama, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh (kanan). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kepusatan ASEAN adalah suatu keistimewaan yang perlu diraih dan dikekalkan secara berterusan oleh 10 negara anggota dalam dunia yang semakin ditentukan oleh perubahan dinamik geopolitik dan kepentingan negara yang pelbagai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita sering mendengar seruan untuk ASEAN memperkukuh dan memperteguh kepusatan supaya dapat terus melaksanakan autonomi strategiknya.
"Bagaimanapun ASEAN perlu sentiasa sedar bahawa kepusatan bukanlah suatu hak, tetapi suatu keistimewaan yang perlu diraih dan diperoleh semula dalam konteks perubahan luar jangka," kata beliau pada Forum Masa Depan ASEAN di Hanoi, Vietnam pada Rabu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kepusatan ASEAN hanya memberi impak kecil sekiranya tidak wujud perpaduan dalam kalangan negara anggota "apabila kita membiarkan perbezaan dalaman dan keutamaan menyebabkan kita tidak bersepakat."
"Kita amat bertuah memandangkan kita berada di rantau paling aman di dunia, dan ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia.
"Dalam era persaingan dan perbezaan ini, ASEAN perlu bersinar, memupuk kawasan yang mampan, harmoni dan dinamik secara ekonomi," kata Perdana Menteri.
Beliau menegaskan bahawa pendekatan Malaysia terhadap kemakmuran adalah dengan menekankan kemampanan dan pembangunan ekonomi yang saksama sebagai tonggak utama kerjasama bersama.
"Kita perlu komited untuk memastikan bahawa tiada negara dalam ASEAN yang ketinggalan dalam usaha mencapai pertumbuhan ekonomi.
"Kekuatan ASEAN terletak kepada keupayaannya untuk bersatu menerusi dialog dan bertindak sebagai blok ekonomi yang mantap, memanfaatkan potensi kolektifnya untuk mengharungi ketidaktentuan pada masa depan," kata Anwar.
Malaysia adalah pengerusi ASEAN bagi 2025. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN 2025
#Kepusatan ASEAN
#PM Anwar Ibrahim
#Forum Masa Depan ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan