awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan bawa balik MALBATT tertakluk kepada UNIFIL

Bernama
Bernama
10/10/2024
08:24 MYT
Keputusan bawa balik MALBATT tertakluk kepada UNIFIL
Pasukan MALBATT ketika ini mengekalkan kedudukan mereka di selatan Lubnan namun operasi rondaan masih dihentikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan membabitkan pegawai dan anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 termasuk membawa balik pasukan itu akan dilakukan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pasukan MALBATT ketika ini mengekalkan kedudukan mereka di selatan Lubnan namun operasi rondaan masih dihentikan.
"Kita tertakluk kepada UNIFIL yang akan buat keputusan berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman dalam kawasan operasi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamed Khaled turut memaklumkan pegawai dan anggota serta aset pasukan MALBATT ketika ini tidak terjejas dan berada dalam keadaan baik.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, UNIFIL mengesahkan pasukan pengamannya masih ditempatkan di pelbagai lokasi di seluruh Lubnan, dengan rancangan kecemasan sedia untuk diaktifkan jika diperlukan.
Jurucakap pasukan pengaman Andrea Tenenti mengesahkan dalam kenyataan pada Sabtu lepas bahawa tentera Israel memaklumkan kepada UNIFIL pada 30 Sept mengenai niatnya untuk melancarkan serangan darat terhad ke wilayah Lubnan dan meminta penempatan semula beberapa kedudukan pasukan itu.
Menurut lama web pasukan interim itu, setakat 2 Sept lepas pasukan pengaman UNIFIL terdiri daripada 10,058 individu dari 50 negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MALBATT
#UNIFIL
#lubnan
#Tentera Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan