awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan DNAA Najib dalam kes SRC RM27 juta ditetapkan 20 Jun

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
11/06/2025
03:50 MYT
Keputusan DNAA Najib dalam kes SRC RM27 juta ditetapkan 20 Jun
Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Jun ini bagi membuat keputusan sama ada Najib akan dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Jun ini bagi membuat keputusan sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujahan yang dikemukakan oleh peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul.
Terdahulu, Muhammad Shafee memohon agar mahkamah memberikan perintah DNAA terhadap Najib, dengan alasan ia merupakan langkah paling wajar buat masa ini memandangkan pihak pendakwaan masih memerlukan masa untuk mendapatkan dokumen penting yang digunakan dalam perbicaraan kes SRC melibatkan dana RM42 juta sebelum ini.
Menurutnya, kelewatan memulakan perbicaraan kes ini tidak sepatutnya menjejaskan kedudukan pendakwaan dan perintah DNAA boleh diberikan tanpa menutup ruang untuk pendakwaan diteruskan pada masa akan datang.
“Najib telah didakwa sejak tahun 2019, manakala surat representasi hanya dikemukakan pada 31 Julai 2023. Kes ini telah berjalan lebih enam tahun. Tambahan pula, dokumen berkaitan berada di pelbagai tempat termasuk Mahkamah Persekutuan dan terlibat dalam prosiding sivil,” katanya.
Pihak pendakwaan sebelum ini memaklumkan, mereka memerlukan masa untuk mendapatkan semula bahan bukti yang dikemukakan dalam kes terdahulu, sebelum perbicaraan penuh bagi kes RM27 juta ini dapat dimulakan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#SRC International
#Mahkamah Tinggi
#pengubahan wang haram
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan