MALAYSIA
Keputusan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu 23 Julai ini

Mahkamah Tinggi menangguhkan keputusan kes 13 pelajar lelaki Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh rakan mereka Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan tahun lepas ke 23 Julai ini. -Gambar hiasan
TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan keputusan kes 13 pelajar lelaki Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh rakan mereka Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan tahun lepas ke 23 Julai ini.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menangguhkan keputusan kes 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat, ke 23 Julai 2025 bagi memberi ruang kepada klarifikasi penghujahan.
- Kesemua tertuduh berusia 16 hingga 19 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh mangsa di bilik asrama kolej pada Mac tahun lalu, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman berat jika sabit kesalahan.
- Prosiding pembelaan melibatkan 18 saksi termasuk semua tertuduh, manakala kes pendakwaan sebelum ini memanggil 25 saksi; hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak mencecah ratusan muka surat.
"Bagi pasukan pembelaan, lapan peguam sudah memfailkan hujahan balas," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pada Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol menetapkan hari ini untuk keputusan kes bunuh Mohamad Nazmi Aizzat, bagaimanapun notis dikeluarkan Mahkamah Tinggi semalam (10 Jun) adalah bagi penjadualan semula tarikh.
Pada 28 Feb lepas, Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun untuk membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lepas.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Prosiding pembelaan bermula pada 10 Mac lepas dengan 18 saksi termasuk 13 tertuduh dipanggil memberi keterangan.
Kes pendakwaan pula bermula 19 Nov tahun lepas, dengan 25 saksi memberi keterangan termasuk pelajar dan guru kolej vokasional terbabit.
Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili oleh peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami