SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dakwaan mengatakan keputusan itu menentang undang-undang syariah adalah tidak berasas dan merupakan satu permainan sentimen yang mengelirukan oleh sesetengah pihak.
"Justeru, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut mengikat rakyat Malaysia kerana fungsi mahkamah adalah menafsirkan undang-undang.
"Fungsi mahkamah ini harus dihormati bagi menjamin kestabilan pentadbiran negara yang berpegang kepada pengasingan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempatisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, undang-undang sivil juga boleh terbatal apabila melangkaui bidang kuasa seperti mana senarai-senarai Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut memberi contoh kes Mamat Daud melawan Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119.
Menurutnya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa seksyen 298A Kanun Keseksaan terbatal kerana tidak berperlembagaan memandangkan kesalahan berkaitan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri dan mahkamah syariah.
Sementara itu, Mohamad menggesa agar peranan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam diperhebatkan.
Jawatankuasa tersebut perlu bertindak sebagai platform konsultansi dan badan advokasi berautoriti ke atas negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan dalam memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah dengan melibatkan semua wakil negeri-negeri dan Persekutuan.
Tambahnya, langkah berkenaan perlu supaya sebarang pindaan atau penggubalan peruntukan baharu undang-undang syariah menjadi lebih harmoni, seragam dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Amanah sebagai parti yang menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan sentiasa menyokong penuh usaha-usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah termasuk bidang kuasa mahkamah syariah.
"Selaras dengan beberapa peruntukan khusus berkaitan kedudukan Islam termasuk sebagai agama Persekutuan di bawah Perkara 3 (1) dan bidang kuasa undang-undang di bawah Perkara 121 (1A) dan Senarai 2 Jadual Kesembilan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 15 2024
Mohamad Sabu berkata, dakwaan mengatakan keputusan itu menentang undang-undang syariah adalah tidak berasas dan merupakan satu permainan sentimen yang mengelirukan oleh sesetengah pihak.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu laporan SKMM
Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sebelum ini telah membuka tiga kertas siasatan membabitkan dakwaan ugutan bunuh tersebut.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.