KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak tuntutan Kumpulan Sulu, mengukuhkan pendirian Malaysia bahawa banyak yang tidak kena mengenai kesemua award itu, kata peguam.
Mahkamah itu pada Selasa menafikan permohonan Kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan award timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda.
Mengulas mengenai keputusan bersejarah itu, peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa Datuk N.Sivananthan berkata, keputusan itu jelas memusnahkan kaedah tidak ortodoks award yang diberikan pada mulanya dan pelantikan penimbang tara yang dipertikaikan.
"Ia mengukuhkan pendirian Malaysia dan keseluruhan award itu banyak yang tidak kena," katanya kepada Bernama.
Sivananthan juga berkata beliau tidak nampak sebarang prospek kejayaan jika Kumpulan Sulu mengulangi tindakan mereka untuk menguatkuasakan award akhir itu.
Berkongsi pandangan sama, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar berkata, penghakiman itu adalah tepat kerana ia memutuskan award itu adalah bermasalah dan jika dikuatkuasakan akan memberi impak negatif kepada kedaulatan Malaysia.
"Saya tidak tahu apa tindakan mereka seterusnya. Mereka mungkin cuba menguatkuasakan award di dalam bidang kuasa mahkamah lain. Itu akan saya fikir menjadi lebih sukar dengan keputusan mahkamah di Perancis dan Belanda," katanya.
Pada 6 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Award akhir yang diperkatakan itu dikeluarkan Stampa, seorang penimbang tara Sepanyol pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu terbabit.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir bernilai US$14.9 bilion , Kumpulan Sulu dilaporkan telah mencuba untuk merampas aset syarikat petroleum Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda serta menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan).
Pada 2019, Kumpulan Sulu membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol itu untuk mendapatkan pampasan untuk tanah di Sabah, yang didakwa dipajakkan oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak tuntutan Kumpulan Sulu, mengukuhkan pendirian Malaysia bahawa banyak yang tidak kena mengenai kesemua award itu, kata peguam.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague sahkan pendirian Malaysia - Azalina
Azalina berkata permohonan sedemikian tidak sah sejak awal lagi dan award akhir yang dikatakan itu adalah terbatal.
Keputusan Mahkamah Belanda buktikan banyak tidak kena dengan award Kumpulan Sulu
Keputusan itu jelas memusnahkan kaedah tidak ortodoks award yang diberikan pada mulanya dan pelantikan penimbang tara yang dipertikaikan.