awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan perbicaraan pasangan rakyat M'sia di Sweden dijangka akhir Mac

Bernama
Bernama
08/03/2014
00:06 MYT
Keputusan perbicaraan pasangan rakyat M'sia di Sweden dijangka akhir Mac
Keputusan perbicaraan pasangan rakyat Malaysia yang berdepan pertuduhan mendera anak mereka di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden dijangka diumum dua minggu selepas hari terakhir prosiding yang jatuh pada 14 Mac ini.
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata perbicaraan pada Isnin ini bakal menyaksikan sepuluh saksi pendakwaan memberi keterangan.
"Sementara beberapa orang saksi lagi akan memberi keterangan pada Rabu ini. Saksi terdiri daripada mereka yang mempunyai kaitan secara langsung dengan keluarga ini selain beberapa individu yang disebut oleh anak mereka ketika proses soal siasat dijalankan pegawai penyiasat.
"Saksi ini dijangka dipanggil oleh kedua-dua pihak dan turut menyertai senarai ialah rakan sekolah anak mereka, guru, pegawai khidmat sosial serta jiran tetangga," katanya dalam e-mel kepada Bernama.
Khairul Anwar, yang menyertai misi khas Sukaguam di Sweden, berkata hari Ahad, Rabu dan Jumaat ini menjadi pelengkap kepada jadual perbicaraan terhadap Shalwati Norshal, guru yang mengambil cuti tanpa gaji, dan suaminya Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden, yang berlangsung selama sebulan sejak 18 Feb lepas.
Topic Berkaitan
#Khairul Anwar Rahmat
#SukaGuam
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan