MALAYSIA
Keputusan permohonan Na'imah berhubung isu perundangan ditetapkan pada 12 Ogos

Mahkamah Tinggi menetapkan 12 Ogos ini untuk menyampaikan keputusan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid berhubung isu perundangan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Ogos ini untuk menyampaikan keputusan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permintaan beliau bagi merujuk persoalan undang-undang dalam kes aset yang tidak diisytihar.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi akan menyampaikan keputusan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk merujuk persoalan undang-undang dalam kes aset tidak diisytihar.
- Pendakwa berhujah bahawa Naimah tiada hak untuk berdiam diri semasa siasatan SPRM, manakala peguamnya menegaskan beliau hanya dipanggil sebagai saksi dan bukan suspek bersama.
- Na'imah didakwa gagal mengisytiharkan aset termasuk Menara Ilham, dan memohon agar mahkamah merujuk persoalan berkaitan beberapa seksyen dalam Akta SPRM dan AMLA, namun permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Sesyen atas alasan tiada merit.
"Bagaimanapun, di bawah Seksyen 30(5) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 menyatakan bahawa mana-mana individu tidak mempunyai hak untuk berdiam diri apabila diminta untuk membantu siasatan.
"Justeru, pemohon terikat di bawah tanggungjawab undang-undang untuk membantu SPRM berhubung pengisytiharan aset Allahyarham suaminya dengan mematuhi notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM," katanya.
Law berkata persoalan berkaitan Seksyen 30(5) Akta SPRM yang dibangkitkan oleh pemohon tidak mempunyai kaitan langsung dengan isu pertikaian atau pertuduhan yang dihadapi di mahkamah ini.
"Pemohon gagal untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa Seksyen 30(5) Akta SPRM ialah pelanggaran prinsip Perlembagaan yang jelas," katanya.
Seksyen 30(5) Akta SPRM memperuntukkan bahawa seseorang yang diberi suatu notis bertulis hendaklah dalam pernyataannya memberikan dan mendedahkan dengan sebenarnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu dan tidak boleh enggan memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu dapat menunjukkan seseorang itu bersalah.
Guardial bagaimanapun, berhujah bahawa anak guamnya dipanggil untuk membantu siasatan kes Allahyarham suaminya, hanya sebagai saksi dan sepanjang masa, beliau tidak pernah dianggap sebagai suspek bersama.
Pada 23 Jan 2024, Na'imah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan aset beliau termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah lain di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.
Pada 29 Feb 2024, Na'imah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan berkaitan Seksyen 30(5), 36(2) dan 62 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 32(3)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Bagaimanapun, pada 18 Feb lepas Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menolak permohonan Na'imah atas alasan ia tiada merit kerana tiada isu perlembagaan yang dibangkitkan dalam kes terbabit.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami