awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok

Bernama
Bernama
03/03/2025
05:50 MYT
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Pada 19 April 2023, Peter, 54, memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atau penjara 15 bulan, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 selepas didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), akan diketahui esok.
Keputusan itu dijangka akan diumumkan panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, pada 9 pagi.
Peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan yang mewakili Peter selaku perayu dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin sebagai responden, selesai berhujah di hadapan panel tiga hakim berkenaan pada 1 Ogos tahun lepas.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan keputusan rayuan berkenaan pada 27 Nov 2024 namun tarikh itu dipinda kepada 9 Jan 2025, sebelum ditangguhkan lagi ke 7 Feb.
Mahkamah kemudian menetapkan keputusan rayuan kes itu, esok (4 Mac).
Pada 19 April 2023, Peter, 54, memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atau penjara 15 bulan, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2022.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap itu telah membayar denda.
Sebelum ini, Peter gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 April 2023 dan ini merupakan rayuan terakhir Peter di Mahkamah Rayuan.
Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd dituduh memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan bagi tujuan menipu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peter Anthony
#Sabah
#pemalsuan dokumen
#UMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan