Keputusan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dijangka diketahui pada pertengahan bulan Jun namun tarikh terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada 10.6 juta penerima yang diluluskan, seramai 10.04 juta telah dibayar dengan jumlah bayaran sebanyak RM10.78 bilion atau 96.7 peratus.

“Selebihnya penerima boleh menuntut di cawangan BSN sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam sesi Facebook Live Perkongsian Laporan Ke-8 Pencapaian Prihatin - Laksana pada Selasa.

Keputusan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dijangka bakal diketahui pada pertengahan bulan Jun namun tarikh terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Zafrul memberitahu bagi bayaran khas RM600 kepada pemandu pelancong, masih terdapat pembayaran tertangguh melibatkan 1,868 daripada 8,323 pemandu pelancong disebabkan maklumat bank yang tidak tepat.

“Mereka yang layak tetapi masih belum mendapat bayaran boleh menuntut pembayaran secara tunai di kaunter BSN mulai 15 Jun 2020,” katanya.

Zafrul memberitahu bagi bayaran khas RM600 kepada pemandu pelancong, masih terdapat pembayaran tertangguh melibatkan 1,868 daripada 8,323 pemandu pelancong disebabkan maklumat bank yang tidak tepat.

Dalam pada itu, di bawah program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zafrul memaklumkan sehingga 5 Jun, sebanyak 4.1 juta permohonan telah diluluskan.

Dalam pada itu, di bawah program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zafrul memaklumkan sehingga 5 Jun, sebanyak 4.1 juta permohonan telah diluluskan.

“Ia merupakan peningkatan daripada 4 juta permohonan sebelum ini. Jumlah pembayaran ini melibatkan RM1.94 bilion sebulan.

“Bagi pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11 peratus kepada 7 peratus, lebih 5.7 juta pekerja memilih untuk meneruskan pengurangan caruman mereka.

Bagi pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11 peratus kepada 7 peratus, lebih 5.7 juta pekerja memilih untuk meneruskan pengurangan caruman mereka.

“Jumlah pengurangan caruman yang telah diterima ahli KWSP sehingga ini adalah RM1.87 bilion. Jumlah pencarum yang memilih untuk mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus kini sebanyak 1.85 juta,” katanya.