awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan sama ada Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah diketahui hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2023
01:00 MYT
Keputusan sama ada Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah diketahui hari ini
Pada 19 Nov 2022, Mas Ermieyati mempertahankan kerusi yang disandang selepas menewaskan tiga calon lain dengan undi majoriti 4,411 dan menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah bagi penggal ketiga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah atau sebaliknya akan diketahui hari ini.
Ia susulan petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid untuk mencabar kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu di kerusi Parlimen berkenaan atas dakwaan rasuah.
Peguam Amin Othman, yang mewakili Abdul Hakim, mengesahkan hakim Mahkamah Pilihan Raya Melaka, Datuk Abu Bakar Katar, akan membuat keputusan itu pada jam 9 pagi.
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Tinggi Melaka menolak petisyen difailkan calon BN berkenaan, bagi menafikan kemenangan calon PN itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Pada 19 November 2022, Mas Ermieyati mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan selepas menewaskan tiga calon lain iaitu Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang).
Dengan undi majoriti 4,411 berbanding Abdul Hakim, beliau menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah bagi penggal ketiga.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati Samsudin
#Ahli Parlimen Masjid Tanah
#Rasuah
#Mahkamah Pilihan Raya Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan