awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan siasatan insiden bunga api meletup diketahui dua minggu lagi

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2017
10:14 MYT
Keputusan siasatan insiden bunga api meletup diketahui dua minggu lagi
Tugas pasukan khas berkenaan adalah untuk melihat sama ada berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis itu diadakan. - Foto Facebook Amirul Hafiz Hamid
Hasil siasatan dalaman yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas ditubuhkan Majlis Perbadaran Klang (MPK) berhubung kejadian percikan bunga api yang mencederakan pengunjung pada sambutan tahun baharu 2017 akan diketahui dalam tempoh dua minggu.
Yang Dipertua MPK, Datuk Yasid Bidin berkata pasukan dianggotai empat pegawai kanannya sudahpun memulakan siasatan sejak dua hari lepas.
Tugas pasukan khas berkenaan adalah untuk melihat sama ada berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis itu diadakan.
BACA: Pengunjung melecur terkena letupan bunga api sambutan tahun baharu di Klang
BACA: Saksi lihat bunga api meletup dan menuju ke arah penonton
BACA: Pasukan siasatan ditubuh siasat kes letupan bunga api di Klang
“Seramai empat orang daripada MPK telah dilantik menjalankan siasatan tersebut. Mereka terdiri daripada pengarah dan juga pegawai pegawai yang tiada kaitan dalam program tersebut.
“Siasatan kita juga akan merangkumi selain daripada Prosedur Operasi Standard (SOP), juga apa-apa penemuan termasuk kecuaian dalam pegawai dan kakitangan kita. Kita akan mengambil tindakan yang tegas termasuk mengambil tindakan tata tertib kepada pegawai kita yang cuai dalam tugasan ini,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Yasid juga mengesahkan sudah memberi keterangan kepada polis selama sejam siang tadi. Keterangan itu juga bagi membantu siasatan yang turut dilakukan oleh polis.
Yasid turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa polis turut terlibat dalam Jawatankuasa Penganjuran Fiesta Gegar Klang 2016 sempena tahun baharu pada hujung minggu lepas.
Dalam kejadian Sabtu lepas, kegembiraan orang ramai yang mengunjungi pesta itu bagi menunggu detik 12 tengah malam bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bunga api meletup di atas tanah.
Kejadian menyebabkan 14 cedera.
Topic Berkaitan
#bunga api
#Datuk Yasid Bidin
#Klang
#letupan
#mangsa melecur
#mercun
#saksi kejadian
#sambutan tahun baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan