awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan ujian sampel laksa dalam tiga hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/10/2018
10:33 MYT
Keputusan ujian sampel laksa dalam tiga hari
Sekiranya keracunan makanan disahkan berpunca dari laksa Baling tersebut, peniaga terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - Gambar hiasan
Keputusan sampel laksa utara yang diambil di sebuah kedai makan di Kampung Landak, Baling yang dikatakan menyebabkan pelanggannya mengalami keracunan akan diketahui dalam masa tiga hari.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh berhubung keputusan sampel berkenaan sebelum dapat mengesahkan punca kejadian itu.
Katanya, sekiranya keracunan itu disahkan berpunca dari laksa berkenaan, peniaga terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Kita sedang kenal pasti spesis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kesihatan Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan 80 kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling.
BACA: Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu
Dua mangsa yang dikenal pasti meninggal dunia selepas didakwa makan laksa yang dibeli di gerai itu adalah Raseah Ali Musa, 70, dan orang kurang upaya (OKU), Abdul Rahim Abdul Manan, 28, kedua-duanya dari Gerik, Perak.
Setakat semalam, seramai sembilan mangsa keracunan masih dirawat di Perak dan Selangor manakala semua pesakit di Kedah telah dibenarkan pulang.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#laksa beracun
#Lee Boon Chye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan