awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan UPKK Khamis depan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2024
05:00 MYT
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024 akan diumumkan pada Khamis minggu depan, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusof berkata, keputusan UPKK Tahun 2024 itu boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
"Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui dua kaedah iaitu sistem pesanan ringkas (SMS) atau di laman sesawang," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menerusi kaedah SMS, semakan boleh dibuat dengan menaip UPKK nombor MyKid dan angka giliran sebelum menghantar ke 15888, manakala laman sesawang adalah https://semakan.islam.gov.my.
Tambah beliau, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2024 daripada pihak sekolah masing-masing bermula jam 9.30 pagi keesokan harinya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JAKIM
#UPKK
#KAFA
#Hakimah Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan