KUANTAN: Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang, membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang disifatkan bertindak biadap menghina institusi diraja Pahang ketika berceramah politik di Mentakab baru-baru ini.
Jurucakapnya, Datuk Setia Penggawa Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Temenggong Aziz berkata, perbuatan Tengku Zulpuri itu sangat melampau batas apabila mengaitkan Istana Pahang dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Menurut Tengku Abdul Manan, sebagai seorang ahli politik, apabila berceramah perlu ada ada had dan batasan dalam berpolitik supaya tidak menimbulkan kebencian terhadap Istana dan tidak mengguris hati dan perasaan rakyat Pahang.
"Kalau nak berpolitik kena berpolitik secara matang, jangan kaitkan istana dan Ke Bawah Duli Tuanku dalam kancah politik… kita berpegang kepada prinsip Rukun Negara setia kesetiaan pada raja dan negara, jadi kena faham.
“Nak cakap tu biar berlapik, sebab sekarang ini semua terasa bila dia cakap macam ini… jadi orang kata nak bercakap tu beradab sikit itu,” kata beliau.
Abdul Manan juga menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan yang paling tegas terhadap ahli DAP itu agar menjadi pengajaran kepada ahli politik lain mengelak kaitkan institusi diraja Pahang di pentas ceramah politik.
Sebanyak 20 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat Polis Kuantan terhadap Tengku Zulpuri antaranya, Badan Kebajikan Kerabat Pahang, Pertubuhan Satu Kumpulan, Kelab Warga Peduli, Pertubuhan Amal Tiara Kasih, Persatuan Silat Cekap Pahang dan Dunia Seni Silat Malaysia Pahang.
Astro Awani
Tue Oct 25 2022
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji didakwa oleh Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang sebagai biadap menghina kerana institusi diraja Pahang ketika berceramah politik di Mentakab baru-baru ini. - Gambar fail
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kerabat Pahang lapor polis, dakwa Tengku Zulpuri hina Istana
Perbuatan Tengku Zulpuri melampau kaitkan Istana Pahang dalam kes membabitkan Najib.