Jumlah kes keracunan makanan (KRM) yang dipercayai berpunca daripada memakan laksa yang dibeli dari sebuah premis di Kupang, Baling, Kedah, minggu lalu, kini meningkat kepada 80 kes selepas 19 kes baharu direkodkan sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak dilaporkan pada Rabu lalu, hanya dua kes kematian masih kekal akibat kes keracunan berkenaan.
Daripada jumlah kes baharu, satu kes dilaporkan di Kedah, 15 di Perak dan tiga kes di Selangor, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
"Sebanyak sembilan pesakit masih dirawat di hospital dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya sambil menambah pecahan 80 kes ialah 31 di Perak (termasuk dua kematian), 25 kes (Kedah) dan 24 kes di Selangor.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 10 sampel makanan telah dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa.
Katanya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu keputusan sepenuhnya ujian-ujian tersebut dan punca sebenar masih lagi dalam siasatan.
BACA: 42 kes baharu keracunan makanan akibat laksa di Baling
BACA: Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala keracunan makanan, selain mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis yang bersih serta mengelakkan makanan yang basi.
"Tatacara keselamatan makanan perlu dititik beratkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam. Makanan mesti dimakan tidak lebih dari empat jam selepas penyediaannya.
"Sekiranya ia perlu disimpan, hendaklah di dalam suhu yang sesuai dan dipanaskan dengan suhu yang mencukupi bagi mengelakkan keracunan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
Setakat ini, sebanyak 10 sampel makanan telah dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa. - Gambar hiasan
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Kontroversi selebriti menari: 'Apa salah kami?' - Peniaga menangis ekspo diarah tutup
Gara-gara seorang selebriti terkenal tanah air menari ala dangdut di atas pentas mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan Karnival Fiesta Raya Baling 2024 diarah tutup serta-merta.
Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas
Remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, ditemukan lemas.
Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang pekerja ladang warga Myanmar maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya di sebuah ladang tembikai di Kuala Ketil.
Kilang bihun jenama terkenal musnah dalam kebakaran
Lima pasukan masing-masing dari BBP Baling, Aman Jaya, Sungai Petani, Kulim Hi-Tech dan Yan tiba di lokasi untuk memberi bantuan.
Empangan Sabo, RTB tangani banjir di Baling - MB Kedah
Pembinaan dua empangan Sabo di Kampung Iboi, Baling, bagi memperlahankan aliran air Sungai Kupang dari Gunung Inas, kini dalam proses penilaian tender.
Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,220
Menurut APM Kedah, empat PPS baharu dibuka malam tadi iaitu di Pokok Sena, Baling dan Kepala Batas.
Bayi ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Ketil
Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, di Baling hari ini.
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta sedang memotong
Ahmad Halime, dari Kampung Bechah Sawa Mukim Siong, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Tragedi balik kampung beraya: Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung datuknya di Kampung Sungai Limau, di sini, lemas ketika mandi di sungai berdekatan Pam Loji Sungai Limau pada Khamis.