awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan bangunkan portal permintaan dan penawaran buruh

Bernama
Bernama
27/02/2023
15:34 MYT
Kerajaan akan bangunkan portal permintaan dan penawaran buruh
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui portal yang bakal dibangunkan, masing-masing dapat mengetahui jumlah pekerja yang diperlukan dari segi penawaran dan permintaan. - Gambar BERNAMA
SEPANG: Malaysia bercadang membangunkan portal permintaan dan penawaran buruh dengan negara sumber pekerja asing bagi memudahkan interaksi berhubung pengambilan pekerja, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, melalui portal yang bakal dibangunkan, masing-masing dapat mengetahui jumlah pekerja yang diperlukan dari segi penawaran dan permintaan dalam sektor strategik, pembinaan dan pembuatan umpamanya.
"Interaksi dua hala menerusi portal berkenaan adalah antara teknologi digital yang perlu dimanfaatkan bagi melakukan perbincangan selain perlu bersemuka," katanya kepada pemberita selepas meninjau kemudahan pintu pagar automatik untuk warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Isnin.
Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga bersedia mengintergrasikan teknologi blok rantai yang dikatakan lebih telus terutama dalam pengurusan pekerja asing seperti saranan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Pihak KDN dan KSM bersedia mengguna pakai semua bentuk teknologi digital dan maklumat termasuk sistem block chain bagi memudahkan urusan berhubung perkara berkenaan (pengurusan pekerja asing)," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan teknologi blok rantai bagi perkhidmatan berkaitan dengan bidang tugas KDN. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Sumber Manusia
#Saifuddin Nasution
#portal permintaan buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan