awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind

Bernama
Bernama
25/01/2024
07:57 MYT
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Gobind (foto) menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membantu pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves dalam aspek dana pembangunannya, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
"Jawatankuasa ini telah pun memberi taklimat berkenaan dengan pembaharuan yang telah pun dibawa (dilaksanakan) beberapa tahun ini, khususnya dari segi bangunan di kawasan kuil ini dan mereka masih ingin meneruskan dengan kerja-kerja seterusnya, serta memerlukan peruntukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata berhubung jumlah peruntukan, perkara itu akan diuruskan selepas pihaknya menerima permohonan daripada pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy.
Sementara itu, Gobind yang juga merupakan Ahli Parlimen Damansara berkata kementeriannya akan memastikan supaya maklumat dan visual mengenai perayaan Thaipusam dapat disalurkan ke seluruh dunia.
"Saya percaya kita akan dapat lihat lebih ramai yang akan datang (ke sini) untuk mengalami sendiri suasana sambutan perayaan ini," katanya.
Pada 19 Jan lepas pengurusan Kuil Hindu Batu Caves dilaporkan akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil itu Tan Sri R. Nadarajah berkata eskalator itu adalah satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti, bersama-sama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#Batu Caves
#Anwar Ibrahim
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan