awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi

Bernama
Bernama
09/01/2025
13:45 MYT
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi
Rafiziberkata kerajaan komited melaksanakan langkah itu bagi menyokong keperluan pengangkutan ke JS-SEZ. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memajak lebih banyak gerabak bagi perkhidmatan kereta api dari Padang Besar, Perlis, ke Johor Bahru untuk meningkatkan kapasiti kepada 50 peratus menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata kerajaan komited melaksanakan langkah itu bagi menyokong keperluan pengangkutan ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
"Kita mempunyai perkhidmatan komuter landasan berkembar dari Perlis ke Johor Bahru, dan kerajaan telah memutuskan untuk memajak gerabak kereta api. Ini kerana kapasiti landasan kereta api kita hanya 30 peratus disebabkan oleh gerabak yang terhad.
"Kita berharap dapat meningkatkannya melebihi 50 peratus dan kerajaan komited untuk melaksanakannya," katanya semasa sesi perbincangan Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 bertajuk, "From Made in Malaysia to Made by Malaysia" (Daripada Buatan di Malaysia kepada Buatan Malaysia), di sini, hari ini.
Jarak perjalanan kereta api dari Padang Besar ke Johor Bahru adalah sejauh 692 kilometer.
Sementara itu, Rafizi berkata kerajaan telah mengumpul data yang mencukupi dan sedang di peringkat akhir membentangkan cadangan kepada Kabinet untuk menghapuskan klasifikasi pendapatan B40, M40 dan T20 secara berperingkat.
Beliau berkata pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu lagi mengenai kelayakan untuk pengagihan bantuan dan pengenalan mekanisme baharu berdasarkan pendapatan boleh guna bersih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JS-SEZ
#landasan kereta api
#pendapatan boleh guna
#landasan berkembar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan