awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan sedia pusat hemodialisis di Felda untuk mudahkan peneroka - PM

Bernama
Bernama
23/07/2023
10:08 MYT
Kerajaan akan sedia pusat hemodialisis di Felda untuk mudahkan peneroka - PM
Anwar (dua, kiri) beramah mesra dengan para jemaah selepas selesai menunaikan solat zohor sewaktu hadir pada Program Sentuhan MADANI Felda Daerah Gua Musang di Masjid Al-Ghufran, Chiku 5/6 hari ini. --fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Kerajaan akan menyediakan pusat dialisis di Felda Chiku 3 bagi memudahkan peneroka yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana peneroka di tanah rancangan berdepan kesukaran untuk mendapatkan rawatan di hospital.
"Di Felda ini iaitu di Hulu Kelantan, kita mengumumkan akan mengadakan Pusat Dialisis di Chiku 3 kerana peneroka susah untuk pergi ke hospital," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan turut memberi fokus terhadap isu pemilikan tanah bagi generasi baharu Felda yang memerlukan keterlibatan kerajaan negeri.
"Kita harap ada perubahan supaya kerajaan negeri boleh betul-betul bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan perubahan bagi peneroka generasi baharu ini," katanya.
Terdahulu, Anwar dalam ucapannya berkata beliau turut memberi perhatian kepada masalah liputan Internet dan baik pulih tandas sekolah di kawasan tanah rancangan Felda.
"Saya akan bertemu dengan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) bagi memperelokkan tandas di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Felda Chiku 3
#pusat dialisis
#penyakit buah pinggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan