Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan mana-mana pelajar dan kedai buku yang didapati menyalahgunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pihaknya telah mengagihkan garis panduan penggunaan dan penerimaan BB1M kepada semua kedai buku dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
"KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) turut melaksanakan proses pemantauan ke atas kedai buku dan semua universiti yang mengagihkan BB1M kepada pelajarnya berdasarkan pengurusan rekod mereka.
"Selain itu, kami turut memberi peringatan kepada para pelajar yang menerima BB1M supaya tidak menukarkannya kepada bentuk tunai dan hanya dihadkan dalam pembelian buku sahaja," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di Parlimen, hari ini.
Dr Asyraf ingin tahu sejauh mana proses pemantauan dibuat dalam memastikan bantuan BB1M berjumlah RM250 setiap pelajar dimanfaatkan dan tidak disalahgunakan oleh pelajar IPT.
Yap berkata pemberian BB1M kepada semua pelajar adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku serta memupuk minat membaca dalam kalangan mereka.
"Oleh itu, kami memerlukan kerjasama daripada semua pihak, termasuk orang awam dan pemimpin masyarakat supaya membuat aduan kepada kami sekiranya mendapati penyalahgunaan BB1M dalam kalangan pelajar," katanya.
Bernama
Wed Apr 15 2015
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan mana-mana pelajar dan kedai buku yang didapati menyalahgunakan BB1M.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 bermula hari ini
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.
Baucar buku fasa kedua pelajar IPT bermula 30 Oktober
Penyaluran baucar akan dilaksana melalui platform digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.
Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
Permohonan e-baucar buku fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Penyaluran bagi fasa pertama itu adalah sebagai usaha kementerian menyokong penganjuran PBAKL 2024.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
Baucar Buku Semarak Membaca boleh ditebus mulai 21 Okt hingga 15 Nov - PNM
Ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai semalam (25 Okt).