awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan teruskan pembinaan Fasa 2 Pan Borneo, 'missing link' - PM

Assim Hassan
Assim Hassan
05/12/2021
03:06 MYT
Kerajaan akan teruskan pembinaan Fasa 2 Pan Borneo, 'missing link' - PM
Kerajaan akan meneruskan pembinaan Fasa 2 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Limbang ke Lawas selepas dihentikan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018, kata Ismail Sabri. -Astro AWANI
SERIAN: Kerajaan akan meneruskan pembinaan Fasa 2 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Limbang ke Lawas selepas dihentikan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penelitian terperinci untuk meneruskan pembinaan itu juga akan dilakukan kerajaan bagi pembinaan jajaran 'missing link' iaitu Persimpangan Kuala Baram ke Sungai Tujoh CIQ di Miri.
"Saya memberi komitmen bahawa saya bersama dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof akan berbincang bagaimana kita hendak meneruskan Fasa 2 Lebuh Raya Pan Borneo dan 'missing link' ini.
"Kita tidak akan berhenti di situ sebaliknya akan meneruskan projek ini," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Jajaran Seksyen Serian WPC 03 di Serian pada Ahad.
Jajaran bagi Seksyen Serian adalah sepanjang 33.65km, melibatkan skop kerja menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada dari Bulatan Serian ke Balai Ringin dengan kos projek sebanyak RM700 juta.
Selain pembangunan jajaran jalan raya, Ismail Sabri memberitahu, kerajaan Pusat juga akan memberi tumpuan kepada capaian internet di Sarawak.
Beliau optimis menerusi program JENDELA, seluruh Sarawak termasuk di pedalaman dan rumah panjang akan menikmati capaian internet menjelang hujung 2022.
"Kita mahu bersama-sama membantu kerajaan Sarawak mencapai dasar menjadi negeri maju 2030 dan digital.
"Oleh itu, di bawah program JENDELA, kita dapat merealisasikannya," kata Ismail Sabri lagi.
Topic Berkaitan
#Fasa 2 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
#ismail sabri yaakob
#Kuala Baram ke Sungai Tujoh CIQ
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan