awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan tumpu pada pembesaran LTAPP

Bernama
Bernama
05/11/2019
07:43 MYT
Kerajaan akan tumpu pada pembesaran LTAPP
Kerajaan Persekutuan komited memfokuskan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bagi menampung peningkatan kapasiti penumpang, kata Lim Guan Eng. - Gambar fail BERNAMA
Kerajaan Persekutuan akan terus komited memfokuskan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bagi menampung peningkatan kapasiti penumpang yang semakin ketara di lapangan terbang tersebut.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembesaran lapangan terbang harus menjadi fokus utama terlebih dahulu pada ketika ini biarpun terdapat beberapa cadangan daripada pihak swasta untuk lapangan terbang baharu dibina.
Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut memohon agar cadangan pembinaan lapangan terbang baharu yang dibuat syarikat swasta melalui kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu tidak menjadi penghalang kepada usaha kerajaan dalam memperbesarkan LTAPP yang kini mencecah kapasiti maksima.
"Melalui PFI ini, memang siapa sahaja boleh buat cadangan namun dari segi teknikal dan kewangan, ia perlu munasabah. Dari segi kewajaran dan kebolehlaksanaan, juga perlu dinilai dengan teliti.
"Penelitian perlu dibuat, jangan hanya lihat pada keuntungan sahaja. Kita perlu pastikan infrastruktur asas dapat disediakan dan ini terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan. Bagaimanapun, janganlah kerana faktor-faktor lain termasuk PFI, usaha kerajaan untuk membesarkan LTAPP terjejas," katanya.
Lim berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2020 di Dewan Undangan Negeri yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, di sini.
Dalam pada itu berhubung soalan ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon mengenai implikasi pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) akan memberi impak persaingan kepada LTAPP dan negeri berdekatan, Lim berkata persaingan itu harus dipandang positif.
"Mengapa kita takut untuk berdaya saing, kita mesti yakin bahawa lapangan terbang masing-masing mampu untuk berdaya saing. Mengapa Pulau Pinang hendak takut dengan persaingan baharu sekiranya kita ada platform kita sendiri? Persaingan ini dilihat sesuatu yang baik," katanya.
Projek KXP bernilai kira-kira RM1.6 bilion merupakan antara tujuh projek dan program berimpak tinggi diluluskan Kerajaan Pusat di Kedah dan dijangka menjadi pelengkap kepada kemudahan sedia ada di negeri berkenaan, sekali gus meningkatkan pembangunan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#LTAPP
#Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan