awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan ambil jalan tengah dalam isu pengajaran Sains, Matematik di sekolah - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
08/03/2019
22:28 MYT
Kerajaan ambil jalan tengah dalam isu pengajaran Sains, Matematik di sekolah - Dr Mahathir
Dr Mahathir ketika hadir bagi sidang media mengakhiri lawatan tiga hari ke Filipina di Manila, 8 Mac, 2019. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan hari ini mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa sama pengajaran subjek itu dalam bahasa kebangsaan tetap diteruskan.
Katanya pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.
"Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bagi semua sekolah kita kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka akan dapat keuntungan daripada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak untuk belajar daripada bahasa itu.
"Khususnya, ramai yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Filipina pada Jumaat.
Turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.
Mengenai lawatannya ke Filipina, Dr Mahathir berkata beliau berpeluang mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya Presiden Rodrigo Duterte dan membincangkan pelbagai isu mengenai kepentingan bersama Malaysia dan Filipina.
"Hampir kesemua isu (dibincangkan dengan Presiden Duterte) tidak ada yang tidak dipersetujui.
"Persepsi mungkin berlainan tetapi persoalan tuntutan ke atas Sabah (oleh Filipina) bukan subjek perbincangan yang begitu menekan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#bahasa kebangsaan
#Filipina
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Matematik
#rakyat
#Rodrigo Duterte
#Sabah
#Sains
#sekolah
#tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan