CANBERRA: Cukai tembakau Australia akan terus meningkat sehingga berbilion dolar dalam tempoh empat tahun ke hadapan, dalam usaha kerajaan menangani tabiat merokok dan menghisap vape.
AP melaporkan, menghisap vape secara rekreasi akan diharamkan susulan kerajaan sedang cuba melindungi generasi seterusnya daripada dibelenggu ketagihan nikotin, ujar Menteri Kesihatan Mark Butler pada Selasa.
Cukai tembakau akan dinaikkan sebanyak 5 pratus setahun bermula September, kata Butler. Itu menjadikan jumlah kenaikan cukai sebanyak AUS$3.3 bilion dolar (RM9.8 bilion) dalam tempoh empat tahun.
Langkah itu susulan daripada peruntukan tambahan sejumlah AUS$234 juta (RM694 juta) untuk mengetatkan peraturan terhadap e-rokok, termasuk kawalan terbaharu dalam hal pengimportan dan pembungkusan.
“Vape mengandungi lebih daripada 200 bahan kimia yang tidak sepatutnya masuk ke dalam paru-paru. Ada antaranya merupakan bahan kimia yang anda temui dalam cecair peluntur cat kuku dan racun rumpai,” ujar Butler.
Pihak kerajaan akan bekerjasama dengan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan penjualan vape di kedai runcit dan kedai serbaneka selain memudahkan cara bagi mendapatkan preskripsi penggunaan terapeutik.
Untuk menangani pertumbuhan pasaran gelap, kerajaan akan meningkatkan standard produk vape, termasuk mengekang perisa dan pewarna. Ia akan memerlukan cara pembungkusan seperti farmaseutikal, pengurangan kandungan maksimum nikotin dan pengharaman jenis vape sekali guna.
“Produk itu menyasarkan anak-anak kita. Vape menjadi isu sikap nombor satu di sekolah menengah, dan menyebar juga di sekolah rendah. Ini harus dihentikan,” tegas Butler.
Agensi
Wed May 03 2023
Vape mula diharamkan secara bertahap susulan kerajaan sedang cuba melindungi generasi seterusnya daripada dibelenggu ketagihan nikotin. - Gambar fail
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.