KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) bagi mengekang pengembangan fahaman keganasan secara domestik sebelum ia merebak menjadi ancaman keganasan dalam negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata ini kerana ancaman keganasan tidak hanya datang dari elemen di luar negara semata-mata dan masih wujud kemungkinan rakyat Malaysia didoktrinasikan dengan fahaman pelampau keganasan melalui sumber dalam talian.
"Pelan ini dalam proses kajian dan akan dilancarkan selewat-lewatnya pada tahun hadapan. Diharapkan, melalui pelan tindakan kebangsaan ini, usaha mencegah fahaman pelampau keganasan daripada meresapi minda rakyat Malaysia dapat dilakukan bermula di akar umbi.
Pelan ini akan menjadikan usaha pencegahan fahaman pelampau keganasan dilaksanakan secara sistematik dan berstruktur di kalangan semua agensi kerajaan dengan penglibatan komuniti," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab usul Kamar Khas oleh Chan Foong Hin (DAP-Kota Kinabalu) yang membangkitkan persoalan antara lain sama ada kerajaan tahu mengenai laporan bahawa pengganas Indonesia merekrut mereka tanpa kewarganegaraan di Sabah.
Beliau juga ingin mengetahui usaha kerajaan dalam mengelakkan kegiatan militan atau pengganas dalam negara dan memastikan keselamatan penduduk di Sabah daripada serangan pengganas.
Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan sedar Sabah berisiko dan digunakan sebagai tempat mereka bersembunyi atau pusat transit memandangkan kedudukannya yang strategik serta faktor lain seperti kewujudan pertalian keluarga, sempadan maritim yang luas dan pergerakan di kawasan laut.
Menurutnya sejak 2017, seramai 38 anggota Kumpulan Abu Sayyaf yang cuba menjadikan Sabah sebagai tempat bersembunyi ditahan, manakala aktiviti kumpulan pengganas Indonesia yang menjadikan Sabah tempat transit sebelum ke Filipina berjaya dikesan sejak 2019 dengan terbongkarnya rangkaian suspek pengeboman gereja di Jolo, Filipina.
Bagi jenayah penculikan untuk tebusan pula, katanya dari 2016 hingga kini sebanyak 16 kes penculikan berlaku di Perairan Timur Sabah dengan kes terakhir dilaporkan pada 18 Jan tahun lepas di perairan di antara Pulau Tambisan dan Kuala Meruap, Lahad Datu.
"Justeru bagi mengelak kegiatan militan sama ada di Sabah atau Malaysia secara umumnya...pihak polis dengan kerjasama lain-lain agensi penguatkuasaan sentiasa dalam keadaan bersedia meningkatkan pemantauan, operasi serta langkah keselamatan bagi menghalang kemasukan elemen pengganas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
PDRM dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain sentiasa bersedia meningkatkan pemantauan dan operasi bagi menghalang kemasukan elemen pengganas termasuk di Sabah. - Gambar fail/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).