Kerajaan Malaysia telah membantu hampir 2,000 rakyat Malaysia yang terkandas di Thailand pulang ke tanah air menerusi jalan darat, udara dan laut sejak pintu masuk negara di sempadan Malaysia-Thailand ditutup pada 3 April lepas.
Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata hubungan rapat antara pemimpin kedua-dua negara telah memudahkan usaha kedutaan membantu rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air, dan sehingga kini 1,965 warganegara Malaysia telah diberikan kebenaran khas untuk melintasi sempadan dan selamat pulang ke Malaysia.
"Dianggarkan kira-kira 50 hingga 80 lagi rakyat Malaysia mahu pulang ke Malaysia melalui jalan darat," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Hari Kemerdekaan di kedutaan di sini hari ini.
Beliau berkata bagi rakyat Malaysia yang mahu pulang ke tanahair, permohonan akan dikemukakan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, kemudian ke Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri Thailand serta pejabat gabenor di lima wilayah di mana pintu sempadan akan dibuka, dan menurutnya proses membawa mereka pulang ke tanah air akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 hari.
"Selepas mendapat kebenaran, rakyat Malaysia hanya dibenarkan merentas sempadan untuk pulang ke tanah air," katanya.
Jojie berkata kini terdapat penerbangan khas pada setiap hari Rabu bagi membolehkan rakyat Malaysia pulang ke tanah air.
Sejak 3 April lepas, Thailand menyekat penerbangan komersial antarabangsa sebagai salah satu usaha bagi membendung penularan COVID-19, dan mulai 1 Julai, 11 kumpulan penumpang termasuk pemastautin tetap, pasangan dan anak kepada pemegang pas kerja, warga asing yang berkahwin dengan rakyat Thai dan warga asing yang ingin mendapatkan rawatan di negara itu, dibenarkan masuk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 31 2020
JOJIE: Dianggarkan kira-kira 50 hingga 80 lagi rakyat Malaysia mahu pulang ke Malaysia melalui jalan darat. - Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.