CYBERJAYA: Kerajaan membuat penilaian untuk memperbaiki setiap ruang yang ada termasuk membabitkan soal pendidikan, digital dan teknologi dalam perkhidmatan bagi mengangkat martabat serta keupayaan negara supaya menjadi lebih hebat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penilaian itu dilakukan semasa program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini berdasarkan input sektor swasta, penyelidik, ilmuwan dan pakar antarabangsa selain pandangan serta cadangan Jemaah Menteri pada sesi tersebut.
"Ramai penyelidik atau pakar yang beri sumbangan yang sangat bermutu dan melalui pemukiman ini, saya dan rakan-rakan Timbalan Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) memberi senario secara terbuka, sangat mendengar pandangan, teguran, kritikan dan cadangan baharu.
"Bukan untuk pertahankan program atau polisi sedia ada tetapi sedia untuk membuat penilaian bahawa ada ruang untuk diperbaiki ke arah pelaksanaan program dan dasar yang lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media semalam sempena pemukiman Perdana Menteri bersama 31 barisan anggota Jemaah Menteri yang berlangsung selama dua hari di Cyberview Resort Spa di sini.
Anwar berkata turut diberi penekanan semasa program pemukiman ialah peralihan tenaga, transformasi digital, pelan perindustrian serta reformasi perkhidmatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara.
"Perbincangan itu menyeluruh tentunya menekan perpaduan rakyat dan negara serta kestabilan politik yang menjadi prasyarat bagi kita melaksanakan program-program.
"Kemudian kita bicara soal ekonomi untuk menambah pelaburan domestik dan luar negara, dan juga memfokus kepada beberapa isu khusus meningkatkan isu pendidikan negara termasuk TVET dan pendidikan teknologi, soal digital, AI (Kecerdasan Pintar) dan juga beberapa isu yang telah kita cerakinkan dalam beberapa dasar sebelumnya," katanya.
Perdana Menteri berkata hasil perbincangan daripada program itu akan dimanfaat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memacu ekonomi Malaysia dalam usaha memaknai falsafah negara MADANI.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Kabinet yang telah menjayakan program itu yang disifatkan sebagai berprestasi tinggi serta membanggakan.
Mengenai dakwaan program itu diadakan bagi 'mengurung' Ahli Parlimen, Anwar berkata perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu.
"Ini pemukiman, setengah (daripada mereka adalah) Menteri dan ada Senator, untuk menjimatkan kos, semua Menteri diarah pulang, tidur di rumah masing-masing dan datang ke sini pagi-pagi. Jadi tidak ada isu," katanya.
Pada Rabu, sebuah portal melaporkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Mohamad Shafiq Abdul Halim membuat rakaman video berdurasi kira-kira sembilan saat yang mendakwa semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan 'dikurung' di suatu lokasi di Cyberjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 berlangsung selama dua hari di Cyberview Resort Spa di Cyberjaya. - Facebook Anwar Ibrahim
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.