KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembukaan bersejarah Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar semalam telah meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia.
Beliau berkata UKM mengorak langkah yang unik dengan pembukaan kampus berkenaan apatah lagi universiti itu bermula sebagai sebuah institusi pengajian awam Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
"Sebagai salah seorang yang menandatangani memorandum mendesak penubuhan sebuah universiti awam yang berteraskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, saya berasa bangga untuk bersama-sama warga UKM di hari yang gemilang ini," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain untuk mengorak langkah serupa selepas ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekwan Toriman di atas kejayaan tersebut.
"Saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi kesempatan dan ruang ketimbang keberadaan saya di Doha untuk bersama-sama kepimpinan dan warga UKM untuk menyaksikan saat-saat yang unik dan bersejarah ini," kata beliau.
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Qatar bermula Isnin atas jemputan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri memaklumkan beliau turut berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland Andrzej Duda di sela-sela Forum Ekonomi Qatar 2024.
Anwar berkata dalam pertemuan itu Duda menyatakan hasratnya berkunjung ke Malaysia serta menjemput beliau ke Poland selain masing-masing sependapat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pengajian tinggi.
"Pertemuan ini juga cukup signifikan di mana kedua-dua negara akan mengambil alih tugas kepengerusian ASEAN dan Majlis Kesatuan Eropah tahun depan dan kami sepakat untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua organisasi," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Duda turut mengundang beliau sebagai tetamu bagi menghadiri Three Seas Summit di Poland tahun depan dengan ia akan memberi fokus kepada kerjasama ekonomi dalam bidang tenaga, pengangkutan dan infrastruktur komunikasi.
"Ruangan ini juga kami gunakan untuk bertukar pandangan terkait isu antarabangsa termasuk situasi di Ukraine dan Palestin," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Anwar ketika merasmikan kampus luar pesisir UKM Qatar di Doha pada Selasa. --fotoBERNAMA
Prestasi S&P 500: Sehingga 25 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Lonjakan S&P 500: Kesan tariff AS dan optimisme pasaran
S&P 500 melonjak ke paras tertinggi dalam dua minggu, dipacu oleh saham NVIDIA dan Tesla serta pendekatan tarif yang lebih berhati-hati oleh pentadbiran Trump.
Amerika Syarikat berisiko gagal bayar hutang seawal Julai
Laporan terbaru oleh penganalisis memberi amaran bahawa kerajaan AS mungkin berdepan risiko gagal membayar hutang seawal Julai jika had pinjaman tidak dinaikkan. Ketidaktentuan ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran kewangan global dan penarafan kredit negara.
Perang tarif: Malaysia antara sasaran Trump
Presiden AS Donald Trump dijangka mengecualikan tarif sektor tertentu sambil mengenakan levi timbal balik pada 2 April. Namun ada 15 negara akan dikenakan tarif termasuk Malaysia.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 25 Mac 2025
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan lewat dagangkan. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 25 Mac 2025
Jangkaan tindak balas tarif, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat pembukaan Selasa? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Pelancongan domestik 2024 catat prestasi terbaik, jumlah perbelanjaan RM107.2b
Sektor pelancongan domestik Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku keempat 2024 dengan peningkatan pelawat dan perbelanjaan yang ketara. Ketahui lebih lanjut dalam video ini.
Menangkis ancaman siber generasi baharu - Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain
Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain dari UPM membincangkan kejayaan industri perbankan Malaysia dalam menangkis ancaman siber dan strategi masa depan untuk keselamatan siber yang lebih kukuh.
Transaksi penipuan bernilai RM399 juta berjaya dihalang pada 2024 - BNM
BNM menekankan bahawa usaha menangani penipuan dalam talian memerlukan pendekatan menyeluruh di peringkat negara, dengan usaha berterusan untuk memperkukuh pencegahan penipuan, meningkatkan penguatkuasaan dan memperluaskan kesedaran pengguna.
BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
BYD mencatatkan pendapatan sebanyak 777.1 bilion yuan (US$107.2 bilion) pada 2024, mengatasi Tesla dengan jumlah pendapatan yang lebih tinggi. Syarikat EV dari China ini juga terus mengembangkan pasaran Eropah dan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas yang lebih canggih berbanding pesaingnya.

PM Anwar rafak sembah tahniah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor
Beliau mendoakan Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Ismail Sabri nafi tarik sokongan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri nafi tarik sokongan, tegaskan kekal bersama Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Madani sentiasa hargai golongan agama - Zulkifli
Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.

PM Anwar ke Tuaran, sesi taklimat pembangunan negeri dan buka puasa
Lawatan kerja Anwar ke Sabah akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Perpindahan kuil: PM Anwar nasihat semua pihak jangan jadi jaguh
Perdana Menteri berkata pihak berkaitan isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.

Tempahan pesawat baharu MAG kukuhkan komitmen untuk pertumbuhan - PM Anwar
Anwar berkata tempahan oleh MAG adalah pelaburan yang mengesahkan komitmen syarikat itu untuk terus berkembang dan berdaya tahan.

BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 untuk pesara dibayar minggu depan - PM Anwar
BKK Aidilfitri sebanyak RM250 akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus dilulus supaya Parlimen berfungsi bebas, berdaulat - PM Anwar
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus diluluskan supaya RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 membolehkan Parlimen berfungsi sebagai sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Bukit Bintang bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang.