KUALA LUMPUR: Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau yang membangkitkan idea penubuhan akta itu berkata, berikutan kehidupan moden dalam pembangunan bercampur merangkumi peruncitan, komersial, SOHO (pejabat kecil/pejabat rumah) dan kediaman perubatan, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
"Sejak 1966, terdapat Akta Pemajuan Perumahan yang hanya meliputi hartanah kediaman. Menerusi akta baharu itu, kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dalam aspek yang berkaitan akan dilindungi.
"Pada masa ini, ia belum dimuktamadkan dan kementerian masih lagi berbincang dengan semua pihak berkepentingan mengenainya.
"Kami di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbuka kepada semua idea baharu dan mengamalkan pendekatan adil dan seimbang di samping melindungi kepentingan pembeli dan pemaju," katanya pada sidang media selepas majlis sambutan penyiapan TRX Residences fasa 1 di sini semalam.
Sementara itu, Nga berkata TRX Residences adalah satu lagi mercu tanda dan pencapaian pembangunan ibu kota Kuala Lumpur bertaraf antarabangsa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
TRX adalah pusat kewangan antarabangsa Malaysia yang turut menempatkan TRX Residences dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM6.7 bilion.
"Ini mampu menjana ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang pekerjaan. Malah pembeli unit di TRX Residences adalah daripada lebih 25 negara antaranya Dubai, China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura sekali gus meningkatkan profil sektor hartanah negara," katanya.
Nga berkata pemaju projek TRX Residences berjaya memperoleh hak milik strata dalam tempoh dua bulan lebih awal daripada Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
"Ini menunjukkan bahawa sekiranya anda giat berusaha, ia tidak mustahil, dan TRX Residences telah membuktikannya. Cuma pastikan anda mengikut prosedur, dan tidak terlalu sukar untuk mendapatkan hak milik strata walaupun sebelum CCC.
"Kami (KPKT) gembira menyaksikan penanda aras ini dan berharap pemaju lain akan mencontohi aspek yang sama dan meningkatkan standard pembangunan perumahan kita," katanya.
Mengulas idea pilihan kepada rumah sewa untuk golongan yang tidak berkemampuan membeli rumah, Nga berkata kerajaan perlu mengambil pendekatan adil dan seimbang mengenainya yang menyaksikan semua pihak termasuk pemaju turut mempunyai peranan.
"Selain meraih keuntungan, pemaju perlu mempunyai tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat. Menerusi kerjasama strategik dengan sektor swasta, kita berharap kerajaan akan dapat menyediakan 500,000 rumah mampu milik menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Nga (tengah) ketika acara gimik Majlis Sambutan Lengkap Pembinaan TRX Residences di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Pengerusi Lendlease Malaysia Dinesh Nambiar (tiga, kanan) dan Pengarah Projek TRX Residences Eric Chan (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
PBT digesa percepat warta tanah lapang awam, elak salah guna - Nga
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ia disalah guna oleh mana-mana pihak.
2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anggaran sisa dibersihkan 1,500 tan dengan melibatkan kos berjumlah RM412,000.
PR1MA rancang perkenal rumah pintar, mesra alam
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
MUO lonjak bidang perancangan bandar - Nga
Kementerian komited untuk menambah nilai perancangan dan tadbir urus pembangunan dan operasi bandar melalui data raya yang lebih menyeluruh.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.