awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cadang beri elaun kepada SRS

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/11/2017
05:50 MYT
Kerajaan cadang beri elaun kepada SRS
Kerajaan bercadang untuk memberi elaun kepada sukarelawan yang terlibat dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) berdasarkan perkhidmatan yang diberikan.
Kerajaan bercadang untuk memberi elaun kepada sukarelawan yang terlibat dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) berdasarkan perkhidmatan yang diberikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata pasukan peronda di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berdepan pelbagai ancaman keselamatan.
"Sukarelawan yang terlibat dengan SRS ini bekerja secara sukarela. Mereka turut bekerja pada siang hari dan pada waktu malam melakukan rondaan di kawasan kejiranan bermula kira-kira 12 tengah malam hingga 4 pagi.
"Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan dapat membayar sedikit elaun kepada sukarelawan yang terlibat dalam SRS kerana mereka menjalankan tugas dengan inisiatif sendiri bagi menjaga keamanan dan keselamatan kawasan setempat," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai sebarang insentif atau elaun untuk sukarelawan SRS jika berlaku sebarang insiden semasa menjalankan kawalan keselamatan di kawasan kejiranan masing-masing.
Joseph berkata, mengikut rekod 5,004 SRS dalam kawasan rukun tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara pada masa ini dan 7,490 kes jenayah di peringkat komuniti berjaya ditangani oleh pasukan tersebut.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#jenayah
#Joseph Kurup
#keselamatan
#pasukan peronda
#Rukun Tetangga
#Siti Zailah Mohd Yusoff
#SRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan