KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pada masa hadapan, penglibatan sektor swasta penting untuk memenuhi pelaburan besar yang diperlukan oleh pelan transformasi sektor air bagi memastikan keterjaminan bekalan itu.
Beliau berkata usaha bersama diperlukan daripada sektor awam dan swasta untuk melaksanakan amalan pengurusan air yang mampan dengan menerima kemajuan teknologi, menaik taraf infrastruktur yang sudah usang dan menggalakkan penggunaan yang bertanggungjawab, yang merupakan langkah penting dalam memastikan pengurusan sumber air lestari.
"Menjadi tanggungjawab kita memastikan akses sejagat kepada air bersih dan selamat, tanpa mengira latar belakang atau keadaan kerana keterjaminan air menyokong keadilan, kemakmuran dan harapan untuk masa depan yang lebih baik," katanya dalam ucaptama pada Water Malaysia Specialised Conference and Exhibition 2024.
Persidangan dan pameran yang dianjurkan Persatuan Air Malaysia (MWA) itu katanya, menyediakan platform untuk pegawai dan pihak berkepentingan daripada semua subsektor air membincangkan isu utama bagi transformasi air yang lebih holistik menjelang 2040.
Dalam ucaptamanya, Fadillah turut mengulangi objektif strategik pelan transformasi itu, termasuk meningkatkan liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar sebanyak 98 peratus dan mengurangkan air tidak terhasil kepada 31 peratus menjelang 2025.
Selain itu, beliau berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) akan menyokong integrasi teknologi terkini dan infrastruktur yang kukuh untuk membentuk semula ekosistem sektor air.
"Dengan menerima dorongan Malaysia ke arah IR 4.0 (Revolusi Perindustrian keempat), saya optimis tentang keupayaan negara untuk mengguna pakai teknologi maju dalam memperkukuh keupayaan pengurusan air," katanya.
Fadillah berkata bagi membuka potensi penuh pengurusan air mampan, Petra akan membangunkan pusat maklumat dan data air berpusat yang akan menjadi sumber penting dalam mengira air maya dan jejak air negara serta mewujudkan inventori jejak air merentasi seluruh sektor ekonomi.
"Oleh itu, pembuatan keputusan berasaskan data, penyelidikan dan pembangunan, dan kerjasama awam-swasta akan menjadi kunci dalam memacu pelan transformasi bagi memupuk inovasi dan keterangkuman," katanya.
Fadillah berkata beliau yakin dengan mengutamakan kemampanan, daya tahan kewangan dan pendekatan holistik, pelan transformasi air akan membuka laluan bagi masa depan Malaysia yang terjamin dan makmur dengan sektor air sebagai pemangkin ekonomi dan enjin pertumbuhan.
Pada April lepas, Fadillah mengumumkan bahawa Petra dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersedia mewujudkan dan merangka pelan untuk melaksanakan langkah transformasi dalam sektor perkhidmatan air.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Fadillah berkata pada masa hadapan, penglibatan sektor swasta penting untuk memenuhi pelaburan besar yang diperlukan oleh pelan transformasi sektor air bagi memastikan keterjaminan bekalan itu. - Foto fail/BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini - PM Anwar
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
MIDF Research unjur KDNK 2025 Malaysia berkembang kepada 4.6 peratus
2025 dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia, dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.