KOTA BHARU: Kerajaan bercadang menambah bilangan renjer hutan bagi membantu mengawal aktiviti pencerobohan sekali gus mengekalkan habitat semula jadi haiwan liar di negara ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata setakat ini kerajaan telah melantik lebih 600 renjer yang mempunyai kepakaran, termasuk untuk menjaga Hutan Simpan.
Katanya daripada jumlah itu lebih 400 renjer adalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli, manakala selebihnya veteran tentera dan polis yang telah diberikan latihan secukupnya.
"Pasukan renjer ini dilatih dan berkebolehan mengendalikan kes dalam hutan termasuk menjaga kawasan habitat hidupan liar, sekali gus dapat menghubungkan haiwan itu dengan manusia, contohnya gajah dan sebagainya.
"Kawalan ini penting supaya dapat mengurangkan konflik antara hidupan liar dengan manusia. Konflik ini mungkin berpunca daripada pembangunan dan pembukaan kawasan, yang menyebabkan habitat semula jadi mereka diusik atau diteroka," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menambah pasukan renjer dalam kalangan Orang Asli, beliau berkata individu yang berkepakaran dalam bidang berkenaan hampir tiada lagi.
"Kita memerlukan lebih ramai renjer, kalau mahu lantik dalam kalangan Orang Asli, mereka yang berpakaran hampir habis. Namun, jika ada yang berminat menyertai pasukan tersebut, kita akan latih mereka.
"Mereka juga diberikan elaun khas sehingga mencecah lebih RM2,000 sebulan sekali gus memberi pendapatan kepada golongan itu," katanya.
Sebelum ini media melaporkan daerah Kemaman di Terengganu mencatatkan bilangan kes gangguan gajah liar tertinggi di Semenanjung Malaysia, selain Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.
Menurut laporan berkenaan, Takiyuddin menyatakan dalam tempoh 2015 hingga Ogos 2021, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerima sebanyak 251 aduan daripada penduduk kampung dan pengusaha ladang, dengan anggaran kerugian kira-kira RM3.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika hadir pada program penanaman pokok sempena Program Penghijauan Malaysia bersama Komuniti Kampung Chandek Kura, Mukim Kedawang di Hutan Simpan Bukit Malut di sini. - BERNAMA
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Penambahan renjer hutan beri peluang pekerjaan kepada Orang Asli
Langkah itu memberi peluang pekerjaan, selain menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli.
Kerajaan cadang tambah renjer untuk kurangkan konflik hidupan liar dengan manusia
Kerajaan bercadang menambah bilangan renjer hutan bagi membantu mengawal aktiviti pencerobohan sekali gus mengekalkan habitat semula jadi haiwan liar di negara ini.
Kerajaan Thailand bayar pampasan kepada keluarga mangsa tembak mati
Wang pampasan sebanyak 500,000 Baht kepada setiap keluarga mangsa hari ini, dan itu hanya 'peringkat awal'.
Kematian gajah di Thailand: Tiga bangkai dikutip dan ditanam
Ketua operasi Wichai Pornleesaengsuwan dalam satu kenyataan berkata hujan lebat dan lereng bukit yang sukar menggendala operasi mengutip bangkai gajah itu.
Minyak wangi perangkap harimau
Saintis di Amerika Syarikat mendapati bau minyak wangi Obsession for Men itu dapat menarik perhatian harimau.
Renjer dilaporkan hilang di Taman Negara
Tarmizi Ahmad Japli didapati hilang ketika dalam perjalanan pulang ke khemah induk di Hutan Simpan Yong.