awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cari jalan kurangkan kos hidup di Sabah, Sarawak - Muhyiddin

Assim Hassan
Assim Hassan
24/09/2020
14:59 MYT
Kerajaan cari jalan kurangkan kos hidup di Sabah, Sarawak - Muhyiddin
Ceramah Perdana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kampung Sendil, Putatan pada malam Khamis. - Foto Astro AWANI/Assim Hassan
PUTATAN:Kerajaan akan mencari jalan untuk memastikan kos sara hidup di Sabah dan Sarawak dapat diturunkan termasuk barangan keperluan asas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sering mendengar keluhan dan aduan rakyat mengenai kos hidup yang tinggi di dua negeri ini.
Justeru, tegasnya, beliau telah mengarahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi untuk mengkaji perkara ini selain menyediakan laporan jalan penyelesaian.
"Saya dengar keluhan rakyat di bawah dan saya tahu apa perasaan rakyat Sabah apabila mereka terpaksa membayar sesuatu barangan itu lebih mahal berbanding penduduk di Semenanjung. Sudah pasti ia satu yang tidak adil.
"Saya sudah minta Alexander kaji adakah ia disebakan oleh polisi kabotaj atau masalah pengangkutan iaitu jarak kawasan yang jauh-jauh di Sabah ini. Kita akan cari jalan ikhtiar untuk pastikan masalah kos hidup tinggi ini dapat diturunkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Ceramah Perdana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kampung Sendil, Putatan pada malam Khamis.
Selain itu, Muhyiddin memberi jaminan masalah infrastruktur dan jaringan internet di Sabah akan diatasi dengan segera.
"Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana keadaan jalan di Sabah ini. Bukan itu sahaja sekolah daif dan jaringan internet juga.
"Oleh itu adalah lebih baik jika kerajaan negeri ini selari dan sehaluan dengan kerajaan Pusat. Banyak boleh kita bantu... jalan-jalan boleh kita bangunkan," tambahnya.
BACA: PRN Sabah: Kerajaan janji tambah baik kelajuan internet di Sabah
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#Sabah
#Sarawak
#keperluan asas
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Alexander Nanta Linggi
#Semenanjung
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#Belanjawan 2021 Sabah & Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan