awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cuba sebaik mungkin elak pelaksanaan PKP sepenuhnya - MoF

Bernama
Bernama
25/01/2021
20:06 MYT
Kerajaan cuba sebaik mungkin elak pelaksanaan PKP sepenuhnya - MoF
Kerajaan akan mencuba sebaik mungkin untuk mengelakkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya. - Bernama
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mencuba sebaik mungkin untuk mengelakkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya yang menghalang sebarang aktiviti ekonomi dengan penutupan semua perniagaan dan kilang.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Zakiah Jaafar berkata negara tidak mampu untuk menangani krisis ekonomi yang lebih serius dan berpanjangan.
"Secara dasarnya, dengan pendekatan PKP kedua yang dilaksanakan sekarang, dianggarkan kita mungkin memerlukan antara empat hingga enam minggu untuk meratakan lengkungan keluk COVID-19 bagi mencapai satu tahap yang boleh ditampung oleh sistem perkhidmatan kesihatan negara yang ada pada masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) terbitan Bernama TV pada Isnin.
Menurutnya, pelaksanaan PKP kali kedua ini adalah berbeza berbanding PKP pada tahun lepas memandangkan lebih 90 peratus sektor dan perniagaan dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan majikan, pekerja dan usahawan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion baru-baru ini, merangkumi 22 inisiatif bagi memerangi pandemik COVID-19 serta mengurangkan kesannya kepada masyarakat dan ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKP
#COVID-19
#Kementerian Kewangan
#aktiviti ekonomi
#penutupan perniagaan
#Zakiah Jaafar
#krisis ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan