awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa tubuh pusat penyelidikan vaksin nasional - MEF

Bernama
Bernama
13/06/2021
20:38 MYT
Kerajaan digesa tubuh pusat penyelidikan vaksin nasional - MEF
Syed Hussain berkata Malaysia perlu menubuhkan pusat penyelidikan vaksin khusus untuk melihat prospek jangka panjang dalam menghasilkan vaksin Malaysia sendiri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan mencari pakar dan sumber tempatan bagi menangani isu bekalan serta keberkesanan vaksin jangka panjang melalui penubuhan pusat penyelidikan vaksin nasional.
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman JP berkata kerajaan telah melakukan usaha yang baik dengan penubuhan pelbagai pusat vaksinasi sama ada dalam bentuk mega dan unit bergerak selain melibatkan klinik serta hospital swasta bagi membantu usaha itu serta menggerakkan kor perubatan angkatan tentera.
"Bagaimanapun, ketika kita merancang infrastruktur logistik dan pusat vaksin, perlu ada strategi menyeluruh bagi bekalan vaksin.
"Berdasarkan situasi itu dan matlamat untuk menjaga kesihatan serta keselamatan rakyat daripada COVID-19 dan pandemik serupa pada masa akan datang, adalah penting untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan vaksin nasional berasaskan kepakaran dan sumber tempatan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Syed Hussain berkata Malaysia perlu menubuhkan pusat penyelidikan vaksin khusus untuk melihat prospek jangka panjang dalam menghasilkan vaksin Malaysia sendiri.
"Malaysia memiliki kemudahan akademik serta penyelidikan saintifik dan pakar tempatan kita juga telah diiktiraf di peringkat global kerana menghasilkan vaksin bagi virus Nipah selain menangani SARS, H1N1 dan lain-lain sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat penyelidikan vaksin
#vaksin malaysia
#vaksin
#Malaysia
#kemudahan akademik
#penyelidikan saintifik
#pakar
#kesihatan
#keselamatan
#COVID-19
#pandemik
#Syed Hussain Syed Husman JP
#MEF
#jangka panjang
#pusat vaksinasi
#strategi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan