awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan diminta teruskan Skim Rumah Pertamaku - Senator

Bernama
Bernama
03/04/2023
11:00 MYT
Kerajaan diminta teruskan Skim Rumah Pertamaku - Senator
Jaminan pembiayaan melalui SJKP bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta meneruskan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang dimansuhkan baru-baru ini bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama.
Susulan daripada pemansuhan skim tersebut pada 1 April, pembeli rumah pertama perlu menyediakan deposit 10 peratus daripada harga hartanah yang mahu dibeli sama seperti pembeli lain.
"Sepatutnya ia diteruskan kerana hari ini rakyat memerlukan program seperti ini untuk memiliki rumah pertama,'' kata Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, di sini, hari ini.
Terdahulu, semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Senator Lim Pay Hen mengajukan soalan tambahan minta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyatakan langkah kerajaan dalam memastikan golongan sasaran berpeluang memiliki rumah pertama.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata walaupun tanpa SRP, golongan sasaran masih boleh mendapat pinjaman sehingga 100 peratus menerusi jaminan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
"SRP memang telah dimansuhkan tetapi fokus kerajaan ketika ini adalah melalui skim SJKP yang mana nilai tahun ini sehingga RM5 bilion. Kalau ikut sejarah, memang SJKP telah ada tapi nilainya hanya RM2 bilion...jadi kita telah tingkatkannya.
"Ia lebih tersasar iaitu menumpukan kepada mereka yang tidak ada pendapatan tetap seperti pekerja gig dan nilaian jaminan boleh mencecah sehingga 100 peratus. Maksudnya, ianya juga membantu rakyat mendapat pembiayaan sehingga 100 peratus," katanya.
Jaminan pembiayaan melalui SJKP bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Rumah Pertamaku
#SRP
#Dewan Negara
#Skim Jaminan Kredit Perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan