awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan fail permohonan sita barangan bernilai RM711 juta yang dirampas dari Najib, Rosmah

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2019
03:35 MYT
Kerajaan fail permohonan sita barangan bernilai RM711 juta yang dirampas dari Najib, Rosmah
Kerajaan dan polis mohon untuk menyita barang-barang mewah berjumlah RM711 juta Najib Razak dan Rosmah Mansor. - Gambar fail
Kerajaan dan pihak polis memohon untuk menyita barang-barang mewah berjumlah RM711 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, lapor The Edge.
Dua saman perlucuthakan difailkan bagi menyita barang-barang mewah termasuk 27 kereta dan hartanah merupakan langkah susulan selepas tahun lepas polis menyita barang berharga di kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri di sekitar Kuala Lumpur.
Notis pertama yang difailkan pada Selasa bertujuan merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.
Perisytiharan kedua ialah bagi merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), 29 akaun bank, jam tangan dan beg.
Dilaporkan kewujudan afidavit yang menyokong tindakan untuk melucut hak harta berkenaan disahkan oleh Ketua Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dalam operasi dan penyiasatan, Supt Foo Wei Min.
The Edge juga melaporkan pendengaran bagi permohonan itu akan mengambil masa sehingga sebulan.
Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun menegaskan, siasatan ke atas barangan yang dirampas mesti selesai pada atau sebelum 16 Mei.
Ini kerana pihak polis hanya mempunyai sehingga tarikh itu untuk memegang barang yang dirampas.
Selepas itu, Fuzi berkata, pihak polis perlu melalui proses tertentu, termasuk cadangan dari mahkamah sebelum meneruskan siasatan.
Jun tahun lalu, bekas Pengarah CCID Bukit Aman, Amar Singh dilaporkan berkata, jumlah nilai barang yang disita berkaitan dengan kes 1MDB adalah antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.
Topic Berkaitan
#barang mewah
#kerajaan
#Najib Razak
#PDRM
#Rosmah Mansor
#sita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan