KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani surat akujanji (LoU) pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia melibatkan perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) untuk merawat pesakit COVID-19.
"Keputusan ini dibuat sebagai persediaan kita memulakan peralihan ke fasa endemik untuk hidup bersama virus COVID-19 dengan menambah pilihan rawatan inovatif baharu sebagai ‘senjata’ untuk melawan COVID-19, selain penggunaan vaksin dan tindakan-tindakan kesihatan awam yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kajian yang dijalankan Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain turut berkesan ke atas varian-varian virus COVID-19 yang lebih ganas seperti gamma, delta dan mu.
"Bagaimanapun ingin saya nyatakan di sini bahawa sekalipun ubat Molnupiravir ini berkesan, ia bukan bermakna vaksin tidak diperlukan lagi kerana fungsi vaksin adalah untuk mengurangkan jangkitan dan mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk.
"Ubat Molnupiravir tidak boleh mencegah jangkitan. Ia hanya bermanfaat kepada yang sudah dijangkiti," jelasnya.
Menurut beliau, Malaysia memerlukan kedua-dua kaedah untuk menurunkan beban penyakit COVID-19, sekali gus memberi impak yang lebih besar dalam usaha pencegahan dan kawalan penularan jangkitan virus COVID-19.
Pada masa sama, beliau mengulangi pendirian bahawa KKM akan terus memantau perkembangan pembangunan ubat-ubatan berkaitan rawatan pesakit COVID-19 di seluruh dunia untuk memastikan negara tidak ketinggalan mendapatkan rawatan terbaik kepada penduduknya.
Astro Awani
Thu Oct 07 2021
Ia melibatkan perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) untuk merawat pesakit COVID-19. - Foto Reuters
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
COVID-19: KKM selaras semula pembelian pil antiviral Molnupiravir
KKM akan menyelaras semula pembelian ubat antiviral Molnupiravir bagi menyesuaikan keperluan ubat-ubatan bagi rawatan COVID-19.