awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin nilai semula gaji penjawat awam

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
07/07/2023
03:48 MYT
Kerajaan jamin nilai semula gaji penjawat awam
Anwar berkata, cadangan untuk menubuhkan pasukan mengkaji gaji penjawat awam itu wajar diberikan pertimbangan walaupun negara ketika ini terikat dengan kekangan kewangan. - fotoBERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan memberi jaminan akan mengkaji semula gaji dan elaun penjawat awam seluruh negara dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kali terakhir kadar gaji berkenaan digubal adalah pada 2013 dan ia dilihat tidak setimpal dengan tugasan.
“Kali terakhir gaji penjawat awam (dinilai) adalah pada tahun 2013 lalu dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad telah kemukakan pandangan kepada saya untuk mulakan pasukan mengkaji.
“Jadi saya dah bersetuju dan kita akan bentangkan pada jemaah menteri supaya diberikan kelulusan dan pasukan ini boleh terus memulakan kerja untuk memberikan cadangan kepada kerajaan untuk melihat (mengkaji),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, cadangan untuk menubuhkan pasukan mengkaji itu wajar diberikan pertimbangan meskipun negara ketika ini terikat dengan kekangan kewangan.
“Walaupun terikat dengan kekangan kewangan yang ada, tetapi saya fikir dengan sedikit perubahan yang ada, kita boleh cari jalan supaya ia dipertimbangkan.
“Sudah 10 tahun tidak dinilai semula gaji penjawat awam dan minggu depan bersama barisan jemaah menteri saya akan pastikan keputusan berkenaan dapat dibuat,” katanya.
Tambahnya, sekiranya pelaburan yang diterima kerajaan negeri serta persekutuan bergerak pantas, beliau yakin usaha berkenaan dapat direalisasikan.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#gaji
#Anwar Ibrahim
#jemaah menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan