PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilakukan mengikut lunas undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes itu kini diteliti oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya sedar ramai pihak yang mendesak agar tindakan diambil terhadap Tan Sri Azam. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan kami hanya boleh membuat keputusan mengenai perkara itu selepas selesai siasatan oleh SC serta PDRM," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Beliau berkata sementara menunggu siasatan selesai, semua pihak diminta bertenang kerana kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu sebaik mungkin.
Mengulas desakan agar SPRM diletak di bawah Parlimen, Wan Junaidi berkata perkara itu bukan mudah dan perlu diteliti.
"Bagi membolehkan SPRM menjadi sebuah agensi penguat kuasa yang berkesan, ia perlu beroperasi secara bebas.
"Penubuhan SPRM di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) memastikan kebebasan suruhanjaya itu dan perkara ini tidak boleh dikompromi dalam apa jua cara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes itu kini diteliti oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Gambar fail/BERNAMA
Sabah, Sarawak setuju pinda Ordinan Buruh
Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk pelaksanaan latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
Stres tempat kerja wujud, perlu kemahiran tanganinya
Stres di tempat kerja sememangnya wujud, tetapi perlukan kemahiran untuk menanganinya.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Boleh guna kad debit & kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam rel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), bermula Selasa.
Sistem pendidikan ketinggalan, MASA gesa kerajaan tidak bersikap pasif
Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills” yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan tahap awal di Malaysia.
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kepentingan pekerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan
Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Labour Ordinance Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Buruh Sarawak - Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
MB Perlis disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM
Projek terlibat termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
'Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah' - titah Agong kepada Azam Baki
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Baginda.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.