awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji penglibatan pembangkang dalam pengurusan bencana - Mastura

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/10/2022
05:33 MYT
Kerajaan kaji penglibatan pembangkang dalam pengurusan bencana - Mastura
Usaha tersebut merupakan satu cadangan yang praktikal selain ia mampu menumpukan isu di kawasan masing-masing. - JAPEN
KUALA LUMPUR : Usaha untuk melibatkan Ahli-Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kalangan pembangkang dalam Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah dilihat sebagai satu langkah yang praktikal.
Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid, cadangan itu bakal diterima peringkat atasan bagi memastikan proses pengurusan bencana berjalan lancar.
"Penglibatan MP (Ahli Parlimen) dan ADUN ada juga dicadangkan untuk dilibat sekali dalam di peringkat jawatankuasa bencana daerah.
“Saya setuju dengan pandangan dan kita sedang melihat perkara ini, ia satu usaha dan pandangan praktikal. Saya jangka (cadangan itu) akan dijalankan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin.
Terdahulu, Shamsul Iskandar bertanyakan sama ada kerajaan terbuka untuk melibatkan Ahli Parlimen dan ADUN dari pihak pembangkang berhubung jawatan kuasa pengurusan bencana di daerah masing-masing.
Sebelum itu, Mastura turut menyatakan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bakal mempengerusikan mesyuarat Task Force persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.
Mesyuarat terbabit akan diadakan secara berkala sebaik sahaja MTL bermula.
Sehingga kini, Mastura berkata, 76,336 pegawai dan anggota agensi tindak balas di semua peringkat termasuk peringkat daerah berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya.
Selain itu, aset yang disediakan berjumlah 22,622 buah, meliputi darat, air, udara, perubatan dan lain-lain.
Topic Berkaitan
#Kuala Kangsar
#pembangkang
#Parlimen
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan