awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji semula perdagangan tukar barang di Sandakan - Shahidan

Bernama
Bernama
18/08/2014
09:43 MYT
Kerajaan kaji semula perdagangan tukar barang di Sandakan - Shahidan
Di Sabah, perdagangan tukar barang masih dilaksanakan di daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tawau - Gambar Fail
Kerajaan akan melihat semula pelaksanaan perdagangan tukar barang di daerah ini bagi memastikan tidak berlaku ketirisan barangan bersubsidi negara ke Filipina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pada masa dahulu, perdagangan tukar barang melibatkan antara peniaga negara ini dengan peniaga Filipina, namun kini ia hanya melibatkan pembelian barangan oleh peniaga dari Filipina.
"Sekarang mereka membawa duit dan membeli barangan daripada kita termasuk barangan bersubsidi. Jadi saya rasa ini bukan lagi perdagangan tukar barang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau sebelum itu membuat tinjauan menerusi udara di perairan sini, Kinabatangan dan Semporna. Katanya terdapat juga rakyat Filipina masuk ke negara ini dengan menaiki bot perdagangan tukar barang tanpa pasport mereka dicop pihak berkuasa Filipina.
Ini kerana kerajaan Filipina tidak membenarkan perdagangan itu, tambah Shahidan.
Beliau berkata sudah sampai masanya kerajaan melihat semula pelaksanaan perdagangan tukar barang dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengambil tindakan susulan.
Di Sabah, perdagangan tukar barang masih dilaksanakan di daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Topic Berkaitan
#Barter
#Filipina
#Sandakan
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan