awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan

Bernama
Bernama
25/01/2025
05:30 MYT
Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika sidang media pada Konvensyen Nasional Amanah hari ini.- Foto Bernama
KLANG: Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk itu, pihaknya memerlukan sedikit masa lagi untuk melakukan libat urus dengan teliti sebelum satu penyelesaian tuntas dapat diumumkan.
"Bagi kami, kepentingan pengguna, petani, pengilang dan pengedar, semua ini perlu dijaga kerana mereka ada peranan masing-masing sebab itu kita sedang buat libat urus dengan lebih panjang.
"Kita juga akan berbincang bersama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan persetujuan beliau, kita akan buat perubahan diperlukan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2024 di sini hari ini.
Mohamad berkata perbincangan bersama Perdana Menteri itu akan dimulakan seawal minggu pertama persidangan Parlimen tahun ini, selain menyatakan kesediaan untuk menjawab segala persoalan yang timbul mengenai isu berkenaan pada persidangan itu nanti.
"Kita akan cuba mencari jalan untuk memuaskan semua pihak, kalau tuntutan padi misalnya, harga sepatutnya ditetapkan setakat mana, bagaimana berlaku kenaikan harga beras, bagaimana dengan B40, semua ini akan dibincangkan bersama NACCOL," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu bekalan beras putih tempatan
#harga belian padi
#Mohamad Sabu
#situasi menang-menang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan