awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kenal pasti syarikat asing untuk projek ternakan lembu

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2023
02:40 MYT
Kerajaan kenal pasti syarikat asing untuk projek ternakan lembu
RAFIZI: Kita mulakan di Negeri Sembilan untuk buktikan rakyat Malaysia boleh mengusahakan ladang ternakan lembu secara besar-besaran dan boleh dijual pada harga murah. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan telah mengenal pasti sebuah syarikat asing untuk dipadankan bagi membangunkan projek rintis ladang penternakan lembu di Negeri Sembilan bersaiz mega.
Menerusi rakaman di pentas Jelajah Madani yang dimuat naik di Twitter, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, projek berkenaan akan dijalankan secara profesional dan moden.
"Saya tahu Malaysia ini apabila kita cerita pasal lembu orang takut sebab projek sebelum ini, lembu mati," katanya.
Beliau berkata, dalam projek rintis itu pihaknya menyasarkan 1,000 ekor lembu dapat diternak di ladang-ladang berkenaan.
Rafizi berkata, negara mengimport 80 peratus daging lembu setahun melibatkan harga RM30 hingga RM40 sekilogram, manakala daging lembu mentah yang segar pula boleh mencecah sehingga lebih RM50 sekilogram.
Katanya, jika projek rintis itu berjaya, kerajaan bercadang memperluaskannya ke negeri-negeri lain bagi memenuhi keperluan bekalan daging negara.
"Saya harap orang Nogori menyahut cabaran ini. Kita mulakan di Negeri Sembilan untuk buktikan rakyat Malaysia boleh mengusahakan ladang ternakan lembu secara besar-besaran dan boleh dijual pada harga murah," katanya. - Sinar Harian
Ceramah Umum Jelajah Madani Dun Bukit Melawati https://t.co/VuntIIJRTx
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 12, 2023
Topic Berkaitan
#ternakan lembu
#Rafizi Ramli
#syarikat asing
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan